Monday, December 24, 2007

Sama Tapi Tak Serupa

Biasakan kita tengok muka org ada irsa-iras sket walhal kita tau diorang tak der hubungan keluarga pun .Namun Kuasa Allah mengatasi segalanya "MasyaAllah ..." .Berkisar kepada topik ini saya nak menceritakan apa yg terjadik kat diri saya sendiri dimana dari sehari ke sehari berjumpa dgn org-org yang muka dan struktur tubuh badan yang semirip dengan saya ( tah tah rakyat Malaysia skarang ni mmg sedang 'meningkat' berat badan . tu yg saya perasan semua dah nak dekat-dekat muka saya tu .. heheh ) .Firman Allah (Q.S. al Furqan: 2) "Dan Allah menciptakan segala sesuatu" maka tidak mustahil Allah menjadikan makhluknya ada yang semirip antara satu sama lain agar kita sedar akan kekuasaanNya

Hmm perempuan kat sebelah ni namanya Anit , saya kenal dia sejak saya bekerja di comp ni . masa awal perkenalan tu . memang saya ada terdengar desas desus org menyatakan saya ada kembar , tapi saya buat derk jer laaa.. tup tup satu hari tu si Anit ni dtg ke deprtment saya semata-mata nak hantar surat dan saya yg amik surat tu .. bila kitorang bertembung jer.. perghh mmg terkejut dan ktorang tersengih-sengih jerr. Bila saya lepak kat tempat duduk saya balik , saya sambung kejutan saya tu dan akhirnya kitorang pun jadik gang kamceng skarang ni .. Tapi skarang ni dia dah maju beberapa langkah dari saya dalam idop dia .. congratulation tot !! jap lagik keluar aa junior dia ..( harapnya kali ni bukan ikut muka saya sbb nanti haru biru plak nak jawab )







Occay minah yang dok bawah timbunan belon ni .. pernah jadik rakan sekerja saya.. (agaknya dek kerana bekerjasama selalu ) we influence each other sampai badan dan muka pun menggebu-gebu.. Gambar belon-belon tu pun just nak cover up apa yg patut je.. Pompuan ni pun dah maju dah skarang ni dan dah bertukar ke deprtment lain .. satu hal yang membezakan kami ialah , kalau minah ni bergambar kepoyoaan dia amat terserlah berbanding saya yg camera shy ni ( hahahahaahha )

hmm yang pakai tudung merah tu Idda, baru je kami berjumpa kat satu majlis suddenly rasa mcm ada yang 'serasi ' plak .. sure tang structur badan kan ? heheheh tak per Idda thn 2008 ni kita azam nak kuruskan sket badan .. so kebarangkalian nak jumpa muka org yang sama akan kurang !!
Kadang-kadang best jugak jumpa "rakan-rakan kembar ni " sbb
rasa mcm ada umph plak bila jumpa .. semoga ukuwah bertambah erat dan diberkati Allah .. amiin

Monday, December 17, 2007

Hujung Tahun ..

Alhamdulillah pejam celik pejam celik.. dah sampai ke hujung tahun .. mcm2 naik turun hidup sepanjang tahun 2007 yg kita lalui .. pada yang jatuh .. semoga diberi ketabahan , pada yang dapat naik tinggi semoga dapat panjatkan kesyukuran....
hari ni 17/12/2007 bersamaan dengan 7 Zulhijjah 1428 .. tetiba terkenang-kenang plak mcm mana lah org2 yang dipanggil Allah tuk menunaikan rukun Allah .. untuk kita yang belum mendapat jemputan Allah ni .. semoga akan mendapat seruan itu tak lama lagi ..insyaAllah .. Mengingatkan diri sendiri dan memanjangkan ilmu yg sangat cetek ini tuk tatapan kawan-kawan .. disini saya mengcopy dan pastekan beberapa amalan yang digalakkan sempena bulan Zulhijjah ini ..

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan
- Alhamdulillah ada beberapa org kenalan saya yang dipanggil untuk menjadi tetamu Allah di Mekah , semoga Allah
mengizinkan saya menjadi tetamunya satu hari nanti - amiin ya Rab

2. Berpuasa pada hari-hari yang digalakkan antaranya 1 - 9 Zulhijjah sekadar kemampuannya - terutamanya pada hari Arafah.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, "Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)".

Thursday, October 25, 2007

cerita emak lagik

occay...occay kak waty .. i hapdet now.. so u jgn bising2 ..

25/09/07

receive call frm my cousin regarding mom condition.. demam sebab bisul kat belakang badan..then zaaaas terus p ke tempat kejadian dan nampak mak punya bisul dah sebesar bola ping pong .. mak pulak dah pelepeeeekkk tak larat bangun dgn bacaan gula dalam darah yg tinggi sampai tarak bacaan kat meter tu ..then decide nak hangkut mak p Hospital untuk further check up..

sampai hospital :
- p jumpa akak yg selalu cuci kaki mak dan tanya keadaan bisul tu bahaya ke tak .. as usual akak yg xpert tu kata tak der apa2 .. ok jer tu .. so dia suggest p register mak untuk jumpa dr ..
- Lepas aku amik nombor segala.. aku teman mak p ngadap Dr .. bila Dr tengok keadaan bisul dengan bacaan diabetis mak .." i'll admitted your mom .. sebab bacaan gula dalam darah terlalu tinggi dan kita kena buat operation kat bisul dia tu " bedebus!!!! mak aku dah pucat , aku plak mcm nak terbakar medula oblonggata dek kerana panik.. then :
aku tanya dr : " minor operation ke major ? "
Dr : " kita kena buang semua bisul tu terus ni tak kira minor ke major ke , kena admitted jugak ni "
aku tanya lagik " kalau kawal makan je tak boleh ker?"
Dr: 'ni sebab tak jaga makan la jadi mcm ni
aku yang terdiam dan tak terkata

P ngadap akak yg cuci kaki mak aku dan tanya opinion dia pulak sebab mak aku mmg tak nak masuk hospital..tak tegar dia kata sebab tekanan darah dia akan naik naik dan naik .... pastu nanti Dr akan bising pastu dia akan jadik bertambah teruk..
so kesimpulannya mak kata dia akan p cuci bisul tu tetiap hari mulai esok .. dan aku akan hantar mak tetiap hari ke hospital ...


26/9/07 -28/9/07

Rutin dressing tujuan tuk moise kan bisul tu sebelum akak tu buat perkara2 aneh ke atas bisul tu .Disebabkan esok hari coti jadik aku ditugaskan tuk cuci bisul mak tuk hari sabtu dan ahad dan kembali semula hari isnin

Hari yg agak gempak dan mencabut nyawa la jugak ...
1/10/07
- sampai kat tempat dressing tu , akak nurse tu pun calar balarkan tempat bisul dengan pisau yang tajam menghiris
- lepas tu diorang tekan2 sampai keluar nanah yang mcm susu pekat tu ..
-pastu tambah lagi sorang kakak dok pegang sampai keluar darah pekat mcm susu bandung
-mak aku dah dok meleleh air mata dah
- amik pulak pisau dan buat satu belahan3 inci panjang ( aku tengok dengan mata kepala aku occay!! tarak bius punya !! )
-then amik kain panjang mampatkan tempat yang dikoyakkan tu tuk elakkan darah keluar dan nak amik sel2 mati supaya melekat kat kain panjang tu
- lepastu cuci dan tutup luka tu dengan pesanan " kak jgn lupa makan pain killer bila balik nanti "
-------------------

-sampai kat umah , bagi makan kat mak ..
-tup2 mak kata tempat bisul tu mcm basah jer.. bila aku tengok .. gulppppppp berdarah daaaa!! banyak sey..
-cover dgn sapu tangan dan terus bawak p hospital balik semula .. then dressing balik then balik umah .. rehat .

2/10/07
-P hospital lagi , buka luka bisul tu.. perghh dah jadik mcm kolam ( siap boleh nampak tulang lagi tu !! )
-cuci2 then balut dan balik umah

sampai skarang mak masih berulang alik cuci belakang dia dek kerana bisul tu , kalau waktu coti ..aku la yang akan buat dan akan masukkan kain yg panjang tu ke dalam luka mak ..
ngeri mmg ngeri tapi kena la buat , kalau tak buat .. nanti ada infection la plak ,lagik naya

tu aa cerita aku sempena raya ni ..
ada satu hal lagi .. pepagi raya tengok dok mencuci luka mak .. ada plak org datang beraya .. haa kelam kabut aku nak mengerjakannya..
tp ni pengalaman yang amat berharga dan bukans enang nak jumpa .. tengok operation idup2 tanpa bius.. boleh buat aku bisu !!

Monday, July 30, 2007

** Belut 000 Belut**

Dulu.. zaman kanak2 aku menyusur parit dengan tali pancing yang berumpan cacing menggeledah kiri kanan parit mencari lubang dimana tempat tinggal sang belut.Menunggu umpan dimakan belut kemudian menarik tali pancing apabila tangan terasa belut menarik.Setelah itu belut yang licin dan berlendir itu akan dipegang dgn daun keladi agar kedudukannya tetap bagi memudahkan proses menyiang.. setelah belut disiang .. dilumur dgn kunyit dan garam .. dimakan bersama nasi panas dan kicap cap 3 ayam...Memori dan moment itu takkan mudah dilupa kerana anak-anak zaman ini tak mungkin dapat merasai kenikmatan mencari belut dan memakan hasil dari tangan sendiri..
Terpanggil aku untuk membuat coretan tentang belut setelah membaca blog Kak Lela yang bercerita tentang masakan belut di kawasan kediamannya.
Terkenang aku disaat ibu sakit .. dimana tumitnya perlu di operate sebanyak 4 kali .. sup belut adalah makanan rujinya berselang seli dgn ikan haruan.Menjengah ke Giant mencari belut membuatkan aku alpa dan lupa memori mencari belut dgn tangan sendiri..
Walaupun org2 zaman kini mungkin geli geleman dgn belut ..tetapi pada aku .. agak enak dimakan dan banyak jugak khasiatnya..

*** coretan ini tidak berbayar , tiada unsur paksaan dari penjual ataupun penternak belut .. sekadar mengimbau kenangan untuk diri sendiri di petang hari sementara menunggu laungan azan.. heh he he

** gambar ihsan dari blog http://khairulhazman77.blogspot.com/2007/02/anda-suka-makan-belut.html

Sunday, July 29, 2007

The DaY

29 Julai 2007 ( 14 Rejab 1428 Hijrah )


5:30 am

- bangun pagi gosok gigi cuci muka pegi mandi ..sejuk gilerrr !!!
- Solat Subuh . berdoa semoga hari ni berjalan lancar .. idok lah aku jatuh tersungkur didepan Tan Sri Azman Hashim hari ni
semoga aku berjalan dengan lagak macho walaupun hati gedebak gedebuk...

6:30 am
- sampai kat bangunan PWTC punya tempat letak keter
- banyak parking kosong tuuu.. so boleh aa buat mcm umah sendiri pilih lot mana yang berkenan ( tapi jgn lupa bayar lepas parking)
- Dok calling-calling Khairil .. dengan aku menjinjit jubah yg berat saiz "M" ni ..
* " weh ko kat mana weh?
***** " aku kat level 4 ni
* tercangang bangang aku carik mamat khiaril tu. tp sampai kesudah aku tak jumpa ..

Situasi :
perghh ramai sungguh org nak berkonvo hari ni . berbagai bangsa dan kaum aku nampak .. pastu yg aku perasan aku sorang je yang berpoyo-poyoaan. Tak leh jadik mcm ni aku malu ni nak angkut jubah ni ke hulu ke hilir .. tup tup aku nampak pemegang pintu .. *wink..Wink * aku sangkut aku punya jubah kat situ .. pastu aku busan tengok gelagat wife tolong hubby diorang pakai jubah, mak tolong anak betulkan topi , adik betulkan tie abg , aku plak "SNAP" gambo jubah aku sendiri .





Tunggu si Enot dtgh mcm tunggu bulan jatuh ke riba.. Aku tpon Enot

+++++ weh Not ko kat mana ni ?
-------- Aku on the way ni ( ni sifir dia aa ni )
+++++ cepat sket weh , aku dah mcm baru datang oversea je ni , tak der gang ni ..
------- Ha.. jap lagik aku sampai jap lagi

Haa kejap lagi si enot tu pkl 7: 15 am
Sampai je Enot ngan family dia , aku salam ala kadar kat Pak Halim ngan Mak ...( Not apa nama Mak ko aaa , aku tak tau aa !! )
gedebus aku terus pakai jubah ..aterrrrnyerr aku tak reti nak pakai menatang ni tu yang aku kejan tunggu si enot tu.. takkan aku nak mintak tolong si Khairil pakaikan .. malu aa aku dia tu lelaki , ( lagipun aku lagi tinggi dari dia. heheheh)
Siap semuanya.. maka inilah hasilnya..
TARAAAAA.......






Situasi : Dalam Dewan Merdeka PWTC

Semedang course kitorang ni ada dalam 20 -30 org jer , makanya kitorang adalah group paling last tuk amik skroll tu .. jadik sementara menunggu giliran haa ni la yang aku buat ..
sampai kena tegur dengan staff OUM ..

++ Puan, Tan Sri dah nak masuk jgn amik gambar lagi yer
Dalam ati aku ..( &&& aku ni belum nikah aaa weh!!! jelous aa tu aku tak snap gambo dia tu ...)

++ Puan , tolong hormat sket , jgn gunakan handphone kat sini
Dalam ati aku ( &&& i make an urgent call .. ni semua si Roziey punya pasal aa ni , ader ke suruh aku cas star kat kelompok org duduk ni . siap suruh aku berdiri .. ingat dewan ni den punyo )
Aku pun muskil gak ngan staff yang jaga ni .. kenapa la dalam beribu2 org ..asyik salah aku je yg dia nampak.. gemuk sgt agaknya aku ni sampai balik balik aku .. balik balik aku

hishh minah tu spoiltkan mood aku aaa.. esok esok aa aku sambung .. korang tengok aa dulu gambo ek


Jutaan terima kasih

** Pada diri aku sendiri sbb bagi reward kat DIRI AKU SENDIRI
** Roziey !! THX for the flower ..its so lovely ..( walhal bunga tu ada 2 warna jerrrr.. tang mana lovely tu ? haahaha )
** Mak abah yang datang yg duduk kat ting 5 ..

Friday, July 27, 2007

Pre-Konvo :




kerna terpaksa aku ambil jubah itu

Dok happy2 sbb officially settle MUET ingatkan boleh aa pendingkan graduation date, sebab kalut sana sini then ada plak yg kata tak sempat masuk Senat sbb result keluar lambat ..jadik aku ni pun dok 'la la la la ' jer lerr.. tup tup member bagik loud speaker kata paksa rela kena p jugak..kaedahnya " take it or leave it " kalau ko tak nak amik jubah sem ni tahun2 depan ko tengok je la kawan2 lenggang kangkung p amik skrool tu ..
Aku yg kalut malut ni pun hapa lagik .. meloncat ala ala superman call sana sini nak cari info .. bak kata pepatah " sudah terang lagik bersuluh..benar bagai di kata " ..PAKSA RELA la aku p ambik jubah tu pada subuh shafie 21/7/2007..Laaa ni excited thah kemana preparation tah kemana ..kalau nak amik exam tu ada laa jugak baca buku seminggu dua ..ini gap masanya dgn kejadiaan sebenar dalam seminggu, dah la tengah2 bulan kaedahnya pakai jer la busana apa yg ada..yg penting tudung jer yang baru sebab baju .jubah tu dah cover dan mana done nak cari
baju ..
Jadik aku ngan beberapa ketul member aku pun p la test jubah yang diagung2kan oleh mereka yang dah abis belajar tu .. ha ni laa hasilnya..
Dalam paksa rela tu ..nampak jugak kepoyooan aku , muahahahahahah




Monday, July 16, 2007

MUET oo MUET

Alhamdulillah Ya Allah ..
4 thn bergelumang dgn pelajaran , tiap yg mula akan ada akhir..Syukur ke hadrat Ilahi menganugerahkan kesabaran untk aku tempoh semua ni.. hari ni result Muet akan keluar , result yang menentukan aku dapat settlekan ke tak pengajian yang aku lalui 4 thn lepas.. pepgi buter aku klik website tu tapi hampa.. result tak keluar2 .. MUET tu dah aa payah .. aku yg kurang bijak dalam Bahasa Inggeris ni mmg jaki jipang la nak amik subjek ni..tapi itu antara subjek wajib yang aku kena habiskan kalau nak dapat skroll ( betul ke tak aa aku eja ni)..Pepagi jugak aku dok call org Majlis peperiksaan Malaysia , tanya bila nak keluar result depa kata pkl lepas pkl 10 pagi.. tunggu punya tunggu dah berapa kali aku klik nak tengok result ..taraaaa..
akhirnya ...








Alhamdulillah , syukur lepas jugak .....walaupun tak la cecah 'warna-warna pelangi ' tapi melepasi tahap yg dikehendaki
Now i'm officially end up my part time study and Syukur ya Rab atas anugerah Mu ini..

I'm dedicated a thousand thanks to : ( hah hah ah ala ala menang anugerah la plak aku ni )

1. Terima Kasih Ya Allah kerana menganugerahkan ketabahan kat aku , waktu yang paling


mencabar sekali adalah waktu mak aku sakit masuk spital masa tu plak nak anto assigment


kena ada study group lagik..ngadap pc lagi ..ulang alik ke hospital lagi p seri kembangan


lagi ..kemudian disusuli plak abah aku sakit masuk spital jugak ngadap assigment dan test2


yang bertubi2.Sesungguhnya aku insaf disebalik dugaan ada kemanisan.


2. Mak Abah dan keluarga yang banyak tak kisah walaupun aku jarang2 balik kg , jarang2


attend kenduri-kendara atas sebab nak settlekan assigment dan preparation tuk exam .

3. Kawan2 yang tak terhitung namanya yang menjadikan aku tabah mengadap buku dan


ngadap LMS tanpa jemu dan berpoyo-poyoaan menghadapi tahap tahap tekanan


melampau.Kengkadang tekanan yang aku kira melampaui batas-batas manusiawi .. ( tdo opis


beralaskan lengan, tdo kat kerusi opis dek keranan ngadap assigment masa bulan


Ramadhan , binding assigmnet yang tah hapa apa kaedahnya dan mcm2 lagi heh heh heh )

4. Terima kasih jugak kat roh aku dan jiwa aku kerana still maintaine tuk ngadap pancharoba


ni .kalau tension je aku ngadap makanan .. heh heh heh ( sesungguhnya hidupku , matiku,


ibadahku hanya untuk Allah )

5. kepada anda..ye laa anda laa..sapa lagik ..yg sudi baca..dengan ucapan TERIMA KASIH


laaaa!!

Tuesday, May 29, 2007

GoL & GiNcU

walllah!! tak penah hayat aku menyepak bola , tiba mlm tadik aku dok menerajang bola dengan keadaan yang langsung tak bergaya.Demi nak kurus , aku sahut cabaran si Fanim bermain Futsal.Sebelum ni mmg tak malas main futsal tp mlm tadik aku mcm org ilang akal dok lari ke hulu kehilir walaupun meyepak bolanya dapat sekali dua, tp pueh hati sebab dapat lari sesuka ati tanpa mempedulikan orang lain ( ladies night la katakan so no man allowed ) . tapi dlm pada sesuka ati tu ada gak yang tak beshnya, heh heh eh yg tak beshnya aku jatuh mcm nangka busuk , gedebushhhh masa sibuk berlari..bahananya sakit pinggang aku , bukan sebab memandu tapi sebab bedebum jatuh ..tapi apa apa hal pun mmg best and release tension aa main itu FUTSAL. ala ala cerita gol& gincu pun ada gak ...aku rasa kalau nak kurangkan penat berlari boleh amik port keeper sbb tak der aa banyak sgt bergerak .Next time boleh jengah lokasi keeper plak ..
Balik umah terus melepek mcm tapai , lepas mandi dan hapa segaler..terjelepuk aku carik toto dan ZZzzZZzzZZzz

Tuesday, May 22, 2007

Lagu frust ...

Bila bercerita pasal connection btw lagu ngan diri sendiri ni mmg ramai org akan kata bila tengah gumbira suka dengar lagu gini, bila tengah berduka suka lagu gitu dan mcm2 lagik..tp hari ni aku nak bercerita pasal lagu frust yang aku suka dengar time aku frust .
heh heh heh .. dolu-dolu time aku muda2 (skarang still muda lagik aaa!! ) tiba waktu tengah down aku suka dengar lagu kumpulan SO7.. tajuk lagu Dan..Masa tu kalau dengar lagu tu , muka aku yg senyum boleh jadik keruh dimuara , pastu boleh terdiam 5 lakhzah . Aku ingat aku takkan hingin nak dengar lagu tu lagik tapi bak kata pepatah idup ni mcm roda ada turun naiknya. Jadik skali lagik aku layan lagu Dan ni.. Mungkin esok aku dengar lagu Din plak sapa tau kan .. heh heh heh ..

*** bila la plak masanya aku nak suka lagu You Are My Sunshine

Dan...
Bila esok,
datang kembali
Seperti sedia kala dimana kau bisa bercanda
Dan...Perlahan kaupun,
lupakan akuMimpi burukmu
Dimana t'lah kutacapkan duri tajam
Kaupun menangis, menangis sedih
Maafkan aku ...
Dan...Bukan maksudku, bukan inginku
Melukaimu sadarkah kau di sini ku pun terluka
Melupakanmu, menepikanmu
Maafkan aku ...

Lupakanlah saja diriku
bila itu bisa membuatmu kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulu kalaCaci maki saja diriku
bila itu bisa membuatmu kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulu kala

Tuesday, May 15, 2007

abah oo abah

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang - orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"(Surah Al-Baqarah - ayat 286)


huh lama sungguh tak apdet ini blog..since mcm2 hal yg jadik kat idup aku ni turun naik turun naik mcm pesakit jantung plak rasanya.Actually aku baru je selesaikan modul exam aku tu yg dok menyepi tanpa berita tu , belum reda bahang exam abah aku pulak admitted kat Hospital Selayang. Demam abah aku tu tak kebah2 dah 2 minggu . Aku ngan family dok ingat dia kena virus feber, aku pun poyor-poyor aa bagik dia minum 100 plus , buah anggur , ice cream .Tapi tak sehat2 jugak then aku ajak p spital dia tak mboh .tup tup selang 2 hari aku nak amik exam , abah call bagitau DR kat klinik suspect dia kena diabetis. Hish mcm tak caya aku, sbb history abah punya family langsung tak der yg kena diabetis ni .. tp the faith is faith , have to accept , ( nyesal sey aku belikan makanan penjana diabetis tuk abah aku , tu yg dinamakan manusia mampu merancang , Khalik jugak yang menentukan )


Abah admitted kat spital dalam 4 hari jugak aaa, masa tu jugak aa mak aku dah plan nak buat kenduri potong jambul 2 org cucu baru dia, tetamu dah dijemput , masa pun dah dekat takkan nak cancel , ada tak ada .. abah kat spital kena cucuk air kat tgn , kami kat umah berlipat lengan keluarkan peluh buat kenduri .Flat giler rasanya..

Alhamdulillah abah aku dah kuar spital skarang ni , tp dia masih lemah lagik .. hopefully my abah recover soon .

*** org dok kalut2 cerita pasal hari ibu , aku pay in advance for hari bapa

Friday, March 23, 2007

Notes 4 JC mummy


wowww..lama dah aku tak menjegah blog aku ni, skali aku klik kat address ezatulhaq ni perghh mcm pegi kat umah org lain ..anyway ..triple tq to JC Mummy sebab sudi godek-godek and redesign blog aku ni . Nak mengharapkan aku buat, dengan tekanan emosi dan spritual yang aku alami sejak dua menjak ni.. tak mungkin menjadik la blog yang indah di mata ni...
Jd as promises by myself, aku pun dedicated this entry tuk JC Mummy yang nak menerapkan unsur "low-profile" jer.. so tak payah aa aku war2kan sapa JC Mummy ni .. Cuma ahkak ni mmg terel the merel la dalam pembikinan dan pengubahsuaian design-design yg popular dan canggun. Mcm dah tahap-tahap Eric Casa Impian la pulak.. bak kata pepatah
" yg huduh dia boleh molekkan . yg molek dia buleh huduh kan "




TQ JC MUMMY !!!

Thursday, March 08, 2007

= Entry yang tertunggak =

hehe siap ada 2-3 spekulasi pasal ketobrakan keter kancil aku kat highway karak baru-baru ni. Mcm2 yg korang usahakan untk memastikan keter aku tu bertambah tobrok lagik aaa.. SI ENOT siap guna isu CPR ..SI KEMAT dengan isu ala-ala CINERELA, siap ada yang suruh aku tukar keter baru lagik.. cesss.. nak tukar keter ? NEHI KARUNGGI INSPELTOR SAHAB !! kancil tu my first car n will always be my no 1 car during 7 - 10 yrs lagikkk..Dlm zaman yang serba canggih dan tol naik mencanak-canak ni .. dengan minyak yang naik reger tak kira masa .. aku sayangkan kancil aku tu.. Tula reter aku yg paling mahal penah aku miliki .. hahahahaahhahhaha I LOVE U KANCIL !!


this song is dedicated to my kancil
( nada dia ala ala lagu Raja EMA : Tajuk Lagu : JEJAKA IDAMAN )

Oh kancil engkaulah besi idamanku
tiada lain yg ku rindu hanya kamu
Oh Kancil jgnlah ko meragam selalu
Jagalah juga poketku sayangku

CHORUS #
Poketku bukan penuh selalu
Kadangkala bolos bertalu
Usah kau susahkan diriku
KANCIL ku

Monday, March 05, 2007

kancil Oh kancil

~ pagi ni mcm biasala berkobar-kobar aku nak p kerja .. usai solat subuh aku pun bersiap-siap seperti biasa.. jam 7:15 am , aku dah dok dlm keter sambil layan erra punya topik pagi " Lambat Jodoh " ..dok pok pek pok pek dengar caller bercerita tetiba aku perasan si kancil aku ni , mcm tak sesemoooth biasa..temp high mencanak melepasi "H".. aku dah kalut dah ..nak tak nak aku berenti jugak kat highway karak tu... berasap beb.. bonet depan aku tu ..lagik la cuak aku dibuatnya.Kebetulan kat situ ada bas intakota dengan penumpang yg agak sarat padat aa.. so semua mata dok tengok aku yg kelam kabut ngan asap berkepul-kepul....
eh tetiba plak aku malas nak bercerita.. nanti jer la aku sambung.. hehehehhehe

Friday, January 19, 2007

- Karikatur & CM -

today berlari berkejaran ke Central market , sebab nak mintak artist2 yang berkeliber kat sana meng karikatur kan wajah bos-bos kat dept aku ni. Bercerita pasal CM ni dah berkurun jugak aku tak p sana , waaaa.. skarang CM sudah maju laaa.. kedai makan yang kat tingkat atas tu dah tak mcm dulu , skarang ni dah upgrave hatta sampai tahap tempat membasuh tangan pun depa dah upgrade ke patern kuali .. ( kuali bebetul tu dia buat tempat basuh tangan , oastu paipnya mcm ala ala kayu pokok) kagum aku lima lakhzah .pastu ada plak persembahan angklung .. brother ni main angklung mcm "jitu" giler sebab teknik dia goyangkan tangantu kalah pengantin lelaki goyang tangan tok kadi.Macam-macam lagu laa dia layan ... dari hindustan ke lagu-lagu bombastik IRWANSYAH .Sementara tunggu Brother "Ujang" yang terel tu melukis 3 karikatur , meronda la aku jadiknya ..
Bercerita pasal karikatur ni .. memang cun gila aaa mamat ni lukis , sampai muka bos aku tu dah jadik mcm kartun aaa plak rasanya.. Tabik 3 kali tuk dak UJANG!!

Tuesday, January 16, 2007

Makan Nasik Minyak @ Sabak Bernam



kawan aku menikah kat Sabak Bernam , kami p satu keter ( tak penah aku jejak kaki ke Sabak Bernam ) ni first time pegi .Member aku amik jalan kg, mak oiii beralun jalannya punya la lama baru sampai ke Sg Besar.Jalan punya jalan .. view kiri kanan menghijau jer..memula aku bagik komen " Banyak betul padang Lalang kat sini " pastu kat satu point aku nampak butir-butir padi..komen bertukar ke jerita " wowwww.. ada padi laaaa" . Kebetulan member aku yg satu keter tu org Kedah dok sound aku " tak penah nampak bendang ker kak ?" dgn innesennya aku jawab la tak penah .. pastu dia bantai aku laa tu la dia tak reti berjalan-jalan.
Hmm satu pengalaman baru untuk aku ..tengok bendang , tengok rumah kat tengah bendang( sampai ak tanya , tak kena petir ke umah diorang ni dok tengah-tengah bendang ni ) .. mcm org jakun pun ada jugak aku rasa..tapi view yang \saujana mata memandang tu spoilt sket dek kerana jalan yang tak rata..mcm naik mesin kuda OGAWA plak aku rasa.
Sampai kat umah pengantin dlm pukul 3:00 pm , terus hantar hadiah ke bilik pengantin then terus cari ruang dan peluang untuk isi perut.. siap aku pesan kat si ecah..kita datang jauh-jauh ni ..belasah cukup-cukup..( hahhahaah ) . Tapiiii dek kerana org pun dah tak ramai , kendarat pun dah nak tutup kedai..jadi kitorang pun bedal jer la apa yang ada .. tapu CUKUP PUEH HATI LAAAAA..lauk pun sodap hinggo menjilek pinggan.Kepada pasangan pengantin , diucapkan ..semoga berkat dan bahagia hingga ke alam barzah

Monday, January 08, 2007

matahari


hmm pagi ni sementara menanti tok misai ( panggilan untuk polis trafik ) bagi signal untuk meneruskan perjalanan , mata aku melilau memecahkan kebosanan menahan sakit kaki menekan pedal brek. Tiba di satu pengamatan iaitu matahari as -siddiq, rasa sungguh indah , nasib baik ada camera memang tersedia, sambil sambil tu aku snap laaa suasana tersebut. Setelah siap menyeNAP ( kata akar SNAP ) aku tengok hasil gambar tersebut gelap la pulak , aku yang sememangnya buta fotografi ni mengandaikan mungkin penataan cahaya aku yang menyebabkan gambar jadi begitu . Lokasi kejadian adalah di depan simpang masuk Ttwangsa yang baru diwar-warkan dengan kehadiran objek " eye of malaysia " ( kalau tak salah aku ). Alhamdulillah perjalanan aku dari rumah ke pejabat tak perlu melalui tol ( dulu kena jugak kat depan Hospital Tawakal ). Walaupun menghadapi sedikit kemelut kesesakan lalulintas di Jln Tun Razak namun aku masih bersyukur kerana masih mampu memulakan perjalanan dari tempat kerja seawal 7:30pagi.
Bercerita berkenaan eye of malaysia ni , aku terpanggil nak tengok dari jarak office aku di tingkat 20 .Sememangnya jelas nampak mcm kincir air di Belanda.Selepas membuat beberapa ulasan dengan kengkawan , aku rasa harga RM 15 sekali naik tu mcm tak berbaloi la pulak sebab pada aku "pusing takat 360 darjah " pastu turun .Namun bagi aku yang agak jakun dengan perkembangan game moden ni , akan ku coba jugak suatu hari nanti.

Friday, January 05, 2007

Dari tanah ke tanah

Smalam baru berkira-kira nak p HUKM sebab mak member aku diberitakan sedang 'dikomakan' oleh pihak hospital dek serangan darah tinggi.Namun kita hanya merancang Allah jua yang menetukannya. Tup tup pepagi ni aku terima sms " telah kembali menemui Allah pada jam 4:30 am " . Jadik aku n the gang pun p la melawat jenazah di Tmn Watan Ampang.Dengan camera yang tak seberapa canggih aku yang sentiasa ada dlm beg ni aku try jugak selit sana sini untuk amik gambar untuk buat ingatan bagi kita yang hidup ni .Mcm macam helah la yg aku gayakan sampai tahap pinjam celah celah ketiak member aku untuk dapat amik gambar2 ni.Bukan apa aku takut jugak kalau org-org tua nampak xtvt aku mengambil gambar ni , nanti kena jerkah ke apa ker satu hal la plak . Sedih memang la sedih.Sepanjang aku mengenali arwah ( mak member aku tu ) dia memang baik , senyap jer tak der la banyak cakap mcm anak pompuan dia tu . Walaupun pendiam arwah makcik tu tetap best sebab dia tetap jaworld, ada jugak aa aku bercakap cakap versi jawa dengan dia masa aku dok menjengah anak dara dia masa raya, masa hari pernikahan / persandingan member aku. Masa dok gali-gali kubur dan semasa proses memasukkan jenazah ke liang lahad aku rasa hiba sgt2, bila aku dengar pakcik-pakcik tu kata " buka penutup muka , alihkan muka ke kanan, letak tanah sket kat situ .. " hiba bila mengenangkan member aku ni dah tak der mak ( tapi alhamdulillah dia dah ada suami tempat dia mengadu ) tp sian tengok adik lelaki dia (satu-satunya adik lelaki ) yang turunkan jenazah ke liang , lepas ni adik dia dah tak der sapa dah kakak-kakak dah kawen dan ada tanggungjawab . Maknanya dia kena la jaga diri sendiri .Semoga adik member aku tu tabah .Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya mengizinkan urusan pengkebumian berlalu dengan cepat dan mudah




4:30 am : meninggal di HUKM
8:30 am : Jenazah dibawa ke surau berdekatan
- Dimandikan oleh anak-anak & jenaah surau yang terlibat
- Dikafankan
-Disembahyangkan
11:00 am : Dikebumikan di tanah perkuburan Ampang

Buat kawan aku , Anita Kamarudin .. semoga kau dan adik beradik ko yang lain tabah & kebal .. Go go cayyo !! ( tu ayat penyedap rasa nak bagik tak nampak sedih sgt ) .

" Yang Pergi Selamat Bersemadi , Kita Yang Tinggal Menghitung Hari "

Wednesday, January 03, 2007

rain, Rain Go Away..




hmm bercerita pasal banjir , sebenarnya ada melibatkan family aku jugak , entry yang lepas aku dok cerita mak aku balik kg sebab cuti panjang . Sebenarnya 4 hari je dia kat sana sebab banjir makin lama makin buruk dan kaki mak aku pun ada effect sket berikutan banjir tu . Datuk & Nenek aku plak stay kat kg lagik atas alasan tak der sapa nak jaga umah , takut nanti ada maling( pencuri ) .So ada tak der mak aku yang kurang sehat tu terpaksa la mengundurkan diri pulang ke KL untuk mendapatkan rawatan lanjut pasal kaki dia .
Nak dijadikan cerita bebaru ni , keadaan banjir bertambah teruk hanya tinggal 3 keluarga je kat kg aku tu (termasuk datuk den ) thah aa nak kata semangat kejawaan yang datuk aku tu ada membara-bara mcm air sungai batu pahat tu pun tak la jugak . sebab datuk aku tu pun dah kurang berdaya tp menurut akak akak kat sini .. tu semangat org tua terhadap rumah dia jadik tak boleh nak kata apa . Org2 muda ni kalau paksa melampau lampau sgt pun akan mendatangkan mudarat pulak kat diri sendiri atau dengan kata lain mendatangkan dosa la pulak . Alhamdulillah la jugak sebab pakcik aku ada 2 org kat sana jadi boleh la tengokkan datuk n nenek aku tu .Sebab menurut adik aku yang berada di Muar , jln nak balik ke kg aku tu ditutup sebab banjir .
Semoga banjir akan surut dan mangsa banjir dapat pulang ke lokasi masing-masing dengan selamat .