Sunday, January 20, 2008

sajadah

terpana seketika.. bila salah seorang member chatting bagik satu info yang tak saya tahu selama ini ..bahawasanya tiap kali solat subuh Jumaat berjemaah di masjid akan ada solat sujud sajadah .. .. setiap kata-katanya saya iyer dan tidakkan sahaja sebab tidak pernah melalui pengalaman sebegini , selama ini saya hanya mengetahui tentang sujud sajadah yang bertanda umpama mimbar masjid di dalam helaian Al-Quran..
.. Di suatu subuh Jumaat yang hening pkl 5:30 am , paksa diri ni bangun dan mandi tuk melangkah ke masjid...taraaaaa... sampai kat sana.. gate masjid pun belum buka ( ini bermakna saya telah mendahului tok siak masjid ... :-) )
ternyata apa yg dikatakan adalah benar sama sekali ..sewaktu anggota sujud rebah ke lantai sejadah .. saya hanya diam dan bertasbih di dalam hati ..rupanya ada doa yg perlu dibaca semasa sujud itu ..

dan hari ini saya berusaha menjadi hafizah untuk doa sajadah itu ...mlm tadik saya berjaya menghafalnya.. tup tup pagi ini saya hanya mampu mengingat " sajawaj hiya ......."


sedih pulak rasanya bila tak berjaya menghafal2 .. semoga Allah beri hidayah dan taufik pada ku untuk hafal doa sujud sajadah ni .. amiin


link to bacaan sujud sajadah .... ( http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic57_2001.htm )

Monday, January 14, 2008

Bagaimana cara terbaik untuk mengqada’ sembahyang fardu yang telah ditinggalkan secara sedar atau tidak dari baligh?

Oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor

Soalan :

Assalammualaikum,
Saya ingin mengqadakan sembahyang fardu yang telah ditinggalkan secara sedar atau tidak dari baligh sehinga kini, bagaimana cara terbaik untuk melakukannya. Dan sila berikan nas atau dalil atau (hadis sahih) untuk perkara diatas (qadakan sembahyang kerana sengaja tinggal) untuk mengelakkan salah faham?

Jawapan :

Solat fardhu adalah wajib kepada muslim yang mualaf dalam apa jua keadaan. Solat fardhu adalah ibadat badaniah yang khusus dan tidak boleh dibayar dengan fidyah. Walaubagaimanapun dalam keadaan uzur atau sakit menurut hadith sahih Bukhari dan Muslim menjelaskan Rasullullah S.A.W. telah bersabda maksudnya;

“Sesiapa yang tertidur atau terlupa hendaklah mengqada’ bila terjaga atau teringat”.

Solat yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan wajib diqada’ dengan segera sebagaimana menjelaskan hutang piutang. Solat qada’ boleh dikerjakan pada bila-bila masa dan sebaik-baiknya disegerakan.

======

Mengingatkan diri saya sendiri agar selalu beringat bahawa nikmat Allah itu tidak pernah terhenti tetapi saya sering alpa terhadap nikmat itu .. semoga hati ini semakin lembut, amiin ya Rab

Sunday, January 13, 2008

Dari pengalaman aku diajar ..



"Dari Allag aku datang, kepada Allah aku kembali "

terumbang-ambingnya aku satu ketika dahulu dengan satu hentakan keras dari Yang Maha Pencipta , hingga aku merangkak satu persatu dan bertemu serta mengakui Kebesaran dan betapa Agungnya Cinta Allah ..


"Tak semua yang kita nak kita dapat , tapi bersyukurlah dengan apa yang kita ada "


Melangkah kaki ke rumah Allah 2 hari berturut-turut menjadikan aku terpana dan insaf , betapa aku merancang itu dan ini namun rancangan Allah mengatasi akal manusia. Duduk dengan tiket “ ekslusif “ di belakang masjid menjadikan aku berfikir betapa Rahmat Allah itu berada dimana-mana Cuma.. mulakan langkah tanpa menoleh ke depan.( kenapa aku katakana ke depan ? kerana aku masih jaaauh ketinggalan di belakang dan berdikit-dikit aku menuju ke depan, semoga perkataan “ syukur ‘ sentiasa basah dilidah ku .

" kalau bukan rezeki , walau dah masuk mulut pun akan keluar balik "

..semoga ada rezeki yang barakah serta dirahmati Allah untukku ..

"~ sesungguhnya doa adalah senjata umat Islam~ "