Monday, January 14, 2008

Bagaimana cara terbaik untuk mengqada’ sembahyang fardu yang telah ditinggalkan secara sedar atau tidak dari baligh?

Oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor

Soalan :

Assalammualaikum,
Saya ingin mengqadakan sembahyang fardu yang telah ditinggalkan secara sedar atau tidak dari baligh sehinga kini, bagaimana cara terbaik untuk melakukannya. Dan sila berikan nas atau dalil atau (hadis sahih) untuk perkara diatas (qadakan sembahyang kerana sengaja tinggal) untuk mengelakkan salah faham?

Jawapan :

Solat fardhu adalah wajib kepada muslim yang mualaf dalam apa jua keadaan. Solat fardhu adalah ibadat badaniah yang khusus dan tidak boleh dibayar dengan fidyah. Walaubagaimanapun dalam keadaan uzur atau sakit menurut hadith sahih Bukhari dan Muslim menjelaskan Rasullullah S.A.W. telah bersabda maksudnya;

“Sesiapa yang tertidur atau terlupa hendaklah mengqada’ bila terjaga atau teringat”.

Solat yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan wajib diqada’ dengan segera sebagaimana menjelaskan hutang piutang. Solat qada’ boleh dikerjakan pada bila-bila masa dan sebaik-baiknya disegerakan.

======

Mengingatkan diri saya sendiri agar selalu beringat bahawa nikmat Allah itu tidak pernah terhenti tetapi saya sering alpa terhadap nikmat itu .. semoga hati ini semakin lembut, amiin ya Rab

No comments: