Saturday, September 26, 2009

Ballighu Annii Walau Ayyah : Sampaikan Walau Satu Ayat



salam ,
wah sudah lama tak menconteng di blog sendiri .. asyik mengadap blog org lain je rasanya.. hmm last entry dalm bulan Muharram .. skarang ni dah Syawal ..
sesungguhnya masa itu umpama mata pedang .. kalau kita tak zasss dia .. dia yg zass kita.. nampaknya dlm konteks ni saya dah banyak kena zass dgn masa.. ya ampun !.

okeh.. dipendekkan cerita .. terpanggil untuk berkongsi konsep umrah dan haji memandangkan beberapa bulan lagi bakal jemaah haji akan menaiki baloon menuju jihad fi sabilillah ..hehehe bukan bukan .. saya belum ada rezeki lagi nak p umrah dan haji ni tetapi saya diasak oleh sorang sohabat ni tuk "mengunyah konsep umrah dan haji" sampai tercerna dlm pembuluh darah . credit tuk sahabat saya kat shah alam darul bulatan tu .semoga beliau sekeluarga mendapat haji mabrur amiin.. ( insyaAllah mabrur sbb konsep haji dan umrah mcm air hujan je keluar dari kepala dia hahaha )

nota yg saya tulis ni pun hasil dari pemahaman saya setelah di talaqi kan oleh beb al haj darul bulatan . Jika ada kekurangan insyaAllah akan saya perbetulkan .. ( kak nina ..ko nak p haji thn ni kan ? ko check skali ada salah silap tak nota aku ni )

UMRAH :

rukun umrah : ( tinggal kalu .. bukan umrah namanya.. melancong je yer kawan2 )
1. niat umrah
2. tawaf keliling kaabah 7 keliling
tawaf :
1. cari arah hajar aswad ( rukun hajar aswad , tanda lampu hijau kat atas bangunan, bahagian lantai ada garisan )

2. cara : niat tawaf , kuatkan kuda2 dan mulakan tawaf , jgn sekali2 menyentuh kaaba semasa tawaf , jgn sekali2 masuk ke kawasan hijr ismail - batal tawaf kerana ia adalah sebahagian dari kaabah.
- bahu kiri megadap kaabah , bahu kanan mengahadap keluar kaabah
- apabila sampai di dinding yamani : baca doa " robbana atina fid dunya hasanah...." - satu pusingan abis bila dah pijak line Hajar Aswad.

** terbatal pusingan tawaf ( 1 pusingan sahaja ) sekiranya wuduk terbatal
sunat :
selesai tawaf solat sunat di belakang maqam ibrahim

3. saie antara safa' dan marwah ( 7 kali ulang alik )
4. bergunting / bercukur ( sekurang-kurangnya 3 helai rambut )
5. tertib

wajib umrah ( yg ni kalau tak buat kena dam yer ..)
1. berihram di miqat
- jemaah m'sia :
Jika dari Madinah : miqat di Bir Ali
Jika dari Mekah : miqat di Qarnul Manazil

** miqat : tempat pasang niat umrah ( pakai ihram skali )

2. Menjauhi perkara larangan semasa ihram
- antara perkara larangan semasa ihram ialah :
- bagi wanita :
memakai penutup muka
memakai sarung tangan dan seumpamanya
memakai wangi-wangian
dan beberapa larangan lagi ..



credit pada beb al haj kerana sudi berkongsi ilmu .. bab haji plak akan di sambung kelak .. insyaAllah ..

Thursday, January 01, 2009

Muharram

Salam Muharram kepada diri sendiri dan kengkawan semua..
Semoga thn baru ini memberi keberkatan pada kita semua , insyaAllah ..

Berikut di lampirkan sekali beberapa amalan yg boleh diamalkan untuk bulan Muharram

Amalan Bulan Muharram .
Disunatkan berpuasa pada 9, 10, 11 Muharram ( bersamaan 6 Jan ( Selasa ) /7 Jan ( Rabu ) / 8 Jan ( Khamis ) 2008 ) .
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)
Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

Amalan 10 Muharram ( Jatuh pada 6 Jan = Selasa minggu depan )
1. Mandi Sunat.
Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.

2. Sembahyang sunat 4 rakaat.( 2 salam )
Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura 2 rakaat kerana Allah Taala."
Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca surah Al-Ikhlas ( Qulhuwallah..)
11 kali. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
selama 50 tahun melakukannya.

3. Membaca surah Al-Ikhlas ( Qulhuwallah..) hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah
akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

4. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya –InsyaAllah , Allah akan melapangkan
hidupnya pada tahun ini.

5. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

6. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam
golongan yang redha.

7. Menziarahi rumah orang alim.

8. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon
pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. Caranya : Usap dari bahagian
belakang kepala ke hadapan.

9. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti
bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

10. Bercelak. Fadilatnya – InsyaAllah Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

11. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang
Islam berbuka puasa.

Wallahua’lam