Tuesday, April 25, 2006

* U J I A N *

Ketika hati kita tertanya-tanya "Mengapakah Aku yang diuji?"

1. Maka ingatlah firman Allah:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

2. Tatkala diri berkata "Mengapakah aku tidak memperolehi apa yang aku citakan?"

Allah berfirman: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

3. Lantaran disaat diri terasa lemah, nafsu telah mengalah, hidup terasa tidak bermakna

Maka renungilah ayat Allah: "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

Monday, April 24, 2006

* A G E N D A *

Agenda hari ini :

1. Temankan bondaku pergi cuci kaki , alhamdulillah luka kaki dia semakin mengecil tp akak nurse tu dah warning dia..." jgn pijak kaki tu dlm masa setahun " ..sian plak tengok mak aku tu suffer dekat 3 bln dah ,tp alhamdulillah keadaan semakin pulih dari masa ke semasa .. aku akan post gambo kaki mak aku kat sini buat kenangan ..Sekarang ni kalau nak makan manis2 pun naik takut ..takut history keluarga kena kat aku plak ..aku ni dah aa muder lagik .. nanti kalau sakit sapa pulak aa yg sudi nak jaga aku .. heh heh heh

2. Hmm bulan depan ramai org kawen , sedara mara aku ada 2 org yg akan kawen , jd kena la carikkan hadiah tuk depa walaupun aku tak balik kg .Cikgu aku yg umoq 35 thn tu pun akan kawen jugak .. yg ni kena carikkan hadiah yang kaw-kaw punya ..heheheh sbb " dah laaaaammmmaa dia tunggu " kah kah kah


3.Hmm skarang ni tengah ralit tengok cerita korea, maklumlah baru lepas exam so aku balun al pulun tengok cerita korea sampai 20 cd .Tapi sebab dok umah parents tak leh aa balun sampai ke subuh jd kena agak agak aa jugak sebelum apok maroh ..apo kojo ekau tak tdo-tdo , nanti dia ingat aku tgk cerita lucas plak.. haha

Friday, April 21, 2006

* T E R I N G I N *

hmm meh sini cerita pasal perkataan 'teringin "
heh heh heh . bila cerita pasal teringin ni bukan org m,engandung jer dok teringin ...
aku pun ada keinginan dan bijak jugak bab bab teringin ni ...antara keinginan aku yg belum aku capai adalah :

1. Nak beli digicam
- tang digicam ni susah nak kata , aku ngidam nak digicam sejak zaman org dok sibuk-sibuk tepek sana sini kat fotopages dgn blog depa..sbb aku pun nak huru harakan blog aku ni ngan foto foto tak berapa genik aku ni...


2. Nak abiskan study
- tang study ni insyallah akan tercapai jugak aa kot dalam 2 thn lagik , tapi kata kuncinya adalah : belajar bersungguh-sungguh aaa..kalau malas , tolak kepala otak aku sendiri




3. Rumah
yang ni kena ada belanjawan yg cukup mantepppppp!!


* semoga apa yg aku inginkan terchapaiiiii*

Thursday, April 20, 2006

* T I G A , E N T R Y *

* entry 1 *
hehehe sebenarnya diatas dasar kejelesan tengok org lain ada blog aku pun memotivasikan diri aku sendiri untk buat blog diatas nama aku ...

*entry 2 *
hmm nak dihitung-hitungkan nick "ezatulhaq ' tu aku dapat masa zaman zaman skolah dulu.Aku ni suka baca buku cerita, jd semua buku akan ku tampal ngan nama "ezatulhaq" kunun-kununnya hak betul nama aku aa tu ..

*entry 3 *
Banyak bender yg ada kat medula oblonggata ak ni yang aku nak ceritakan tapi bender bender ni mcm tak tersusun la plak , tp akan aku lontarkan kat sini ..

Wednesday, April 19, 2006

* B I S M I L L A H *

Dengan Lafaz Bismillah aku menyetart post ku ini ... semoga aku dapat maintane buat blog ni dari masa ke semasa