Monday, December 24, 2007

Sama Tapi Tak Serupa

Biasakan kita tengok muka org ada irsa-iras sket walhal kita tau diorang tak der hubungan keluarga pun .Namun Kuasa Allah mengatasi segalanya "MasyaAllah ..." .Berkisar kepada topik ini saya nak menceritakan apa yg terjadik kat diri saya sendiri dimana dari sehari ke sehari berjumpa dgn org-org yang muka dan struktur tubuh badan yang semirip dengan saya ( tah tah rakyat Malaysia skarang ni mmg sedang 'meningkat' berat badan . tu yg saya perasan semua dah nak dekat-dekat muka saya tu .. heheh ) .Firman Allah (Q.S. al Furqan: 2) "Dan Allah menciptakan segala sesuatu" maka tidak mustahil Allah menjadikan makhluknya ada yang semirip antara satu sama lain agar kita sedar akan kekuasaanNya

Hmm perempuan kat sebelah ni namanya Anit , saya kenal dia sejak saya bekerja di comp ni . masa awal perkenalan tu . memang saya ada terdengar desas desus org menyatakan saya ada kembar , tapi saya buat derk jer laaa.. tup tup satu hari tu si Anit ni dtg ke deprtment saya semata-mata nak hantar surat dan saya yg amik surat tu .. bila kitorang bertembung jer.. perghh mmg terkejut dan ktorang tersengih-sengih jerr. Bila saya lepak kat tempat duduk saya balik , saya sambung kejutan saya tu dan akhirnya kitorang pun jadik gang kamceng skarang ni .. Tapi skarang ni dia dah maju beberapa langkah dari saya dalam idop dia .. congratulation tot !! jap lagik keluar aa junior dia ..( harapnya kali ni bukan ikut muka saya sbb nanti haru biru plak nak jawab )







Occay minah yang dok bawah timbunan belon ni .. pernah jadik rakan sekerja saya.. (agaknya dek kerana bekerjasama selalu ) we influence each other sampai badan dan muka pun menggebu-gebu.. Gambar belon-belon tu pun just nak cover up apa yg patut je.. Pompuan ni pun dah maju dah skarang ni dan dah bertukar ke deprtment lain .. satu hal yang membezakan kami ialah , kalau minah ni bergambar kepoyoaan dia amat terserlah berbanding saya yg camera shy ni ( hahahahaahha )

hmm yang pakai tudung merah tu Idda, baru je kami berjumpa kat satu majlis suddenly rasa mcm ada yang 'serasi ' plak .. sure tang structur badan kan ? heheheh tak per Idda thn 2008 ni kita azam nak kuruskan sket badan .. so kebarangkalian nak jumpa muka org yang sama akan kurang !!
Kadang-kadang best jugak jumpa "rakan-rakan kembar ni " sbb
rasa mcm ada umph plak bila jumpa .. semoga ukuwah bertambah erat dan diberkati Allah .. amiin

Monday, December 17, 2007

Hujung Tahun ..

Alhamdulillah pejam celik pejam celik.. dah sampai ke hujung tahun .. mcm2 naik turun hidup sepanjang tahun 2007 yg kita lalui .. pada yang jatuh .. semoga diberi ketabahan , pada yang dapat naik tinggi semoga dapat panjatkan kesyukuran....
hari ni 17/12/2007 bersamaan dengan 7 Zulhijjah 1428 .. tetiba terkenang-kenang plak mcm mana lah org2 yang dipanggil Allah tuk menunaikan rukun Allah .. untuk kita yang belum mendapat jemputan Allah ni .. semoga akan mendapat seruan itu tak lama lagi ..insyaAllah .. Mengingatkan diri sendiri dan memanjangkan ilmu yg sangat cetek ini tuk tatapan kawan-kawan .. disini saya mengcopy dan pastekan beberapa amalan yang digalakkan sempena bulan Zulhijjah ini ..

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan
- Alhamdulillah ada beberapa org kenalan saya yang dipanggil untuk menjadi tetamu Allah di Mekah , semoga Allah
mengizinkan saya menjadi tetamunya satu hari nanti - amiin ya Rab

2. Berpuasa pada hari-hari yang digalakkan antaranya 1 - 9 Zulhijjah sekadar kemampuannya - terutamanya pada hari Arafah.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, "Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)".