Thursday, December 28, 2006

Maria engagement



heheh.. eppy engagement day untuk member aku si maria, sebenranya aku dok temankan si esah sbg tukang make up ( aku ni tukang nyibuk snap sana sini jer laa ) upss lupa lak nak cakap pada 'peminat-peminat ' blog aku yang dok kalut aku tak update tu .. aku sepi tanpa berita atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan ..( nanti nanti la aku cerita) ok berbalik pada cerita engagement maria ni , ni detailsnya

tema : orange
tarikh : maap la aku tak hengat
lokasi : Wangsa Maju
Menu : nasi putih ala kampung ( siap bubuh sambal tumis petai lagikk ) perghhhh


* alasan aku boldkan menu tu adalah untuk menunjukkan aku mmg hyper sket bab makan2 ni lagipun hujung-hujung tahun ni jarang plak aku dapat jemputan kenduri kendara ..

Monday, December 18, 2006

Syukran Ya Allah



Alhamdulillah, bersyukur aku ke hadrat Ilahi diatas limpah kurnia dan izinNya kaki mak aku dah recover 100% .maknanya tak der luka lagi dan kakinya dah diliputi dengan kulit sepenuhnya.Walupun jarak daging di tumit mak aku dah berkurang dalam 2 inci dan menyebabkan dia tak boleh berpijak dengan mantep lagik ..but as long as luka kaki dah recover , itu dah cukup baik buat kami sefamili. Luka kaki mak akibat sakit Diabetis ni memang lambat sembuh dan memang kena alert selalu pasal luka dia.Terima kasih buat akak akak nurse bilik 33 Hospital Besar Kuala Lumpur sebab kesabaran dan ketelitian diorang sepanjang merawat kaki mak aku .Actually sebenarnya masa mak aku dok dlm hospital para Dr surgery suggest untuk tampal kulit peha ke kaki dia yang luka tu , tapi akak nurse bilik 33 ni kata better buat manually cuci kaki sebab dikhuatiri ada jangkitan semasa proses menampal kulit .Kami yang tak tau apa apa ni ikut mana yang baik jer laa. Sebenarnya banyak cobaan jugak sepanjang proses duduk di Hospital ni dari mak duduk wad kelas 3 then dapat wad kelas 2 pastu sister kat sana tukarkan balik mak aku ke wad kelas 3 dengan alasan kaki mak aku luka takut dijangkiti kuman kalau duduk kat wad kelas 2.. tang ni aku malas la nak komen lelebih sebab nanti mendatangkan isu politik la plak kan heh heh heh . Tapi satu pengalaman yang memenag tak dapat dilupakan la duduk hospital ni , maklumlah jarang-jarang duduk hospital , mcm2 ragam dapat aku tengok , ada makcik cina yang kena diabetis jugak , tiap-tiap malam akan memekak jerit-jerit kat nurse sampai kitorang tak boleh tido , aku dah sampai tahap nak sumbatkan earphone kat telinga mak aku .tapi nak dijadikan cerita selang beberapa hari lepas tu aku ward tu sunyi sepi balik sebab makcik cina tu dah menghembuskan nafasnya yang terakhir ..gulp..rasa bersalah jugak aku sebab bila aku dah naik hangin sangt dengar makcik cna tu menjerit aku pandang jer muka dia mcm nak aku kunyah-kunyahkan dia ..Ampun aa Ah Soo manyak soli sebab marah lu aaaa.. he he he . Ada jugak cerita yang tak bestnya bila katil Ah soo tu dah kosong , jadik diaorang akan buat restructure katil balik semual aa, nak dijadikan cerita ,mak aku terpilih pulak duduk kat katil Ah Soo yang meninggal tu ..Alamak.. mas atime tu aku dah terpk benda benda yang tak best jer, lastly aku jumpa akak nurse tu aku kata " kak , kat katil tu tak der plug , mcm mana nak pasang kipas yang kitorang bawak ni " ( dlm hati mintak mintak akak tu allow la mak aku pindah tempat lain ) Syukur alhamdulillah akak tu tukarkan mak aku kat katil lain .. hish pobia aku tengok katil Ah Soo tu ..ok setop cerita pasal Ah Soo tu.
Berbalik pada cerita mak aku plak , so skarang ni mak aku boleh la berjalan dengan terjengket-jengket ataupun menggunakan tongkat sebab kaki dia masih tidak boleh dipijakkan lagik sebab kena beli kasut khas untuk dia .Tapi yang bestnya mak aku skarang ni dah sampai ke Batu pahat nuuun balik kg berehat sambil menghirup udara segar kat kampung melepak ngan datuk dan nenek aku .Bedezup dia balik kampung lepas last check up ari Jumaat lepas, dia balik 3 minggu zasssss sampai 1 jan 2007 haa kemaruk tak kemaruk mak aku tu ? heh heh heh . Anyway mom u are the heroin aaa.. Heroin lain tak leh bit mak aku laa hatta tahap angeliana jolie heroin Mr& Mrs Smith ataupun heroin Casino Royale. To my mom : Long life for u n u are always the best in my point Of View..Hidup Samsiah ! Hidup Samsiah ( Nama mak aku Samsiah , bukan siti sarapan aaaa) heh heh heh

Thursday, December 14, 2006

I Believe I Can Fly





heh heh he .. sebenarnya aku ni tak la boleh fly sgt sebab kandungan lemak dan daging melebihi tahap bila terapung-apung di udara, jadik sekadar berpoyo-poyoan jer la nampaknya.. hmm actually nak bercerita tentang nama .Biasanya org kata apa ada pada nama, tapi pada aku its mean a lot sebab dengan nama menunjukkan kita ni unik dari org lain . Mcm gambar kat atas tu , me with my opismate kongsi nama abah iaitu kasim .So bila org tengok nama kitorang terus org tanya u all ni adik beradik ker? Aku jawab " sepusat sepusing mak bapak lain-lain "Teringat aku masa aku darjah 1 , mak aku selalu tulis nama aku kat buku-buku latihan , tetiba satu hari tu aku baru sedar ejaan nama aku tak cun . Ada huruf "e" yang memburukkan keadaan nama tu ..aku tak leh nak terima sebenarnya.. pastu aku dah tahap nak angkat sumpah tuka nama hahahahaha.. pastu mak abah aku buat derk jer.. so lama lama aku boleh accept nama aku ni. Ada member aku kata huruf 'e' yang ada kat nama aku ni menunjukkan sah sah kejawaan yang mak aku perturunkan kat aku . ada tak der aku terima jer laaaaa..
Jenuh jugak la aku carik makna nama aku ni kat buku-buku tapi satu pun tak der , maknanya abah aku main bedal jer bagi nama kat aku .TETAPI aku bersyukur abah aku bubuh nama yang indah aa jugak dari org yang bernama yang kureng menyenangkan .Teringat aku kat kawan kawan aku yang namanya kurang enak didengar macam "Buruk B Azmi" Sian si buruk ni nama abah dia jer yang mantep , nama dia tak cung sungguh.Tah mana la abah dia ( En. Azmi ) dapat nama tu .Haa ada satu lagik nama yang agak unik dalam keluarga aku iaitu " siti sarapan " tapi aku tak nak komen lelebih sebab nanti daulat plak .Aku kena junjung keturunan jugak .. heh heh eh ..

Tuesday, December 12, 2006

Rockin' into the Future- Futuristic Nite



Location : Putrajaya

Tak pernah sepanjag hayat aku join dinner , this is the first time i join the caremony ( should i said as caremony ? bedal jer laaa) tema futuristic aku bedal dgn tema aku sendiri sebab aku sekadar nak enjoy the night bukan poyor nak menang apa apa pun . Hujung-hujung thn ni dengan umur yang dah makin banyak ni aku rasa ok laaa jugak event tu .. sebenarnya lebih pada majlis perpisahan dgn college tapi di top up dengan majlis yang seangkatan dengannya, jadik tak la nampak sedih sangat .agaknya my company nak bagik nampak mcm " win and win " situation kot but its work.
Aku dapat duduk kat meja depan atas belas ihsan member aku yang sudi chopkan tempat ( credit tu Gee ) sebab sanggup jadik tukun demi tuk kengkawan tengok view yang menarik tertarik dan the BOOM .
Macam macam gelagat dapat aku tengok dari yang tersipu-sipu malu sampai laa tahap malu malu alah ..tapi adat laaa kan .. banyak org banyak ragam so have to accept it.

Monday, December 11, 2006

Dejavu 1978




rindu nak mengupdate entry kat blog ni tapi tak tau apa yg nak ku updatekan .. dok terpinga-pinga nak mengupdate tetiba terdetik ati nak flasback diri aku sendiri ..kengkadang rasanya seronok jugak jadik budak kecik ..tak payah pk apa apa pun ..korang penah tak masa kecik nak terjadik org besar ? aku rasa penah kot .. mcm bebudak yang lahir thn 1978 mcm aku ni rasanya banyak benda yang kita rindu sgt-sgt..rindu lagu new kids on the block yang swing sana sini tu ..rindu kat lagu siti fairuz yang dagunya terkedepan ..teringat bait-bait lagunya " bila ku rindu aku tersebut nama mu .." ( masa tu Siti fairuz suka sepit rambutnya kat belah tepi pastu bubuh bunga ala ala bunga manggar kat kepalanya ..heh heh heh time tu plak , tetiba teringat pada masa tengok meero attack dgn bait -bait lagu " balade ni mayate..tode nikudu ..manacheminga tudichiminga"..kat kepala aku ni mcm mcm yg terflasback antaranya :

1. skim susu skolah yang harganya 30 sen tu ..bila bawak balik umah simpan dalam peti ais bila minum rasa perhhh..
2. Lagu minum milo anda jadi sehat dan kuat !!

hehehhehe.. apa lagik yer yang paling best ? i'll recall later and update soon ..

* mengadaptasikan gambar anak sedara aku yang dok merenung jauh ..