Monday, July 30, 2007

** Belut 000 Belut**

Dulu.. zaman kanak2 aku menyusur parit dengan tali pancing yang berumpan cacing menggeledah kiri kanan parit mencari lubang dimana tempat tinggal sang belut.Menunggu umpan dimakan belut kemudian menarik tali pancing apabila tangan terasa belut menarik.Setelah itu belut yang licin dan berlendir itu akan dipegang dgn daun keladi agar kedudukannya tetap bagi memudahkan proses menyiang.. setelah belut disiang .. dilumur dgn kunyit dan garam .. dimakan bersama nasi panas dan kicap cap 3 ayam...Memori dan moment itu takkan mudah dilupa kerana anak-anak zaman ini tak mungkin dapat merasai kenikmatan mencari belut dan memakan hasil dari tangan sendiri..
Terpanggil aku untuk membuat coretan tentang belut setelah membaca blog Kak Lela yang bercerita tentang masakan belut di kawasan kediamannya.
Terkenang aku disaat ibu sakit .. dimana tumitnya perlu di operate sebanyak 4 kali .. sup belut adalah makanan rujinya berselang seli dgn ikan haruan.Menjengah ke Giant mencari belut membuatkan aku alpa dan lupa memori mencari belut dgn tangan sendiri..
Walaupun org2 zaman kini mungkin geli geleman dgn belut ..tetapi pada aku .. agak enak dimakan dan banyak jugak khasiatnya..

*** coretan ini tidak berbayar , tiada unsur paksaan dari penjual ataupun penternak belut .. sekadar mengimbau kenangan untuk diri sendiri di petang hari sementara menunggu laungan azan.. heh he he

** gambar ihsan dari blog http://khairulhazman77.blogspot.com/2007/02/anda-suka-makan-belut.html

Sunday, July 29, 2007

The DaY

29 Julai 2007 ( 14 Rejab 1428 Hijrah )


5:30 am

- bangun pagi gosok gigi cuci muka pegi mandi ..sejuk gilerrr !!!
- Solat Subuh . berdoa semoga hari ni berjalan lancar .. idok lah aku jatuh tersungkur didepan Tan Sri Azman Hashim hari ni
semoga aku berjalan dengan lagak macho walaupun hati gedebak gedebuk...

6:30 am
- sampai kat bangunan PWTC punya tempat letak keter
- banyak parking kosong tuuu.. so boleh aa buat mcm umah sendiri pilih lot mana yang berkenan ( tapi jgn lupa bayar lepas parking)
- Dok calling-calling Khairil .. dengan aku menjinjit jubah yg berat saiz "M" ni ..
* " weh ko kat mana weh?
***** " aku kat level 4 ni
* tercangang bangang aku carik mamat khiaril tu. tp sampai kesudah aku tak jumpa ..

Situasi :
perghh ramai sungguh org nak berkonvo hari ni . berbagai bangsa dan kaum aku nampak .. pastu yg aku perasan aku sorang je yang berpoyo-poyoaan. Tak leh jadik mcm ni aku malu ni nak angkut jubah ni ke hulu ke hilir .. tup tup aku nampak pemegang pintu .. *wink..Wink * aku sangkut aku punya jubah kat situ .. pastu aku busan tengok gelagat wife tolong hubby diorang pakai jubah, mak tolong anak betulkan topi , adik betulkan tie abg , aku plak "SNAP" gambo jubah aku sendiri .





Tunggu si Enot dtgh mcm tunggu bulan jatuh ke riba.. Aku tpon Enot

+++++ weh Not ko kat mana ni ?
-------- Aku on the way ni ( ni sifir dia aa ni )
+++++ cepat sket weh , aku dah mcm baru datang oversea je ni , tak der gang ni ..
------- Ha.. jap lagik aku sampai jap lagi

Haa kejap lagi si enot tu pkl 7: 15 am
Sampai je Enot ngan family dia , aku salam ala kadar kat Pak Halim ngan Mak ...( Not apa nama Mak ko aaa , aku tak tau aa !! )
gedebus aku terus pakai jubah ..aterrrrnyerr aku tak reti nak pakai menatang ni tu yang aku kejan tunggu si enot tu.. takkan aku nak mintak tolong si Khairil pakaikan .. malu aa aku dia tu lelaki , ( lagipun aku lagi tinggi dari dia. heheheh)
Siap semuanya.. maka inilah hasilnya..
TARAAAAA.......






Situasi : Dalam Dewan Merdeka PWTC

Semedang course kitorang ni ada dalam 20 -30 org jer , makanya kitorang adalah group paling last tuk amik skroll tu .. jadik sementara menunggu giliran haa ni la yang aku buat ..
sampai kena tegur dengan staff OUM ..

++ Puan, Tan Sri dah nak masuk jgn amik gambar lagi yer
Dalam ati aku ..( &&& aku ni belum nikah aaa weh!!! jelous aa tu aku tak snap gambo dia tu ...)

++ Puan , tolong hormat sket , jgn gunakan handphone kat sini
Dalam ati aku ( &&& i make an urgent call .. ni semua si Roziey punya pasal aa ni , ader ke suruh aku cas star kat kelompok org duduk ni . siap suruh aku berdiri .. ingat dewan ni den punyo )
Aku pun muskil gak ngan staff yang jaga ni .. kenapa la dalam beribu2 org ..asyik salah aku je yg dia nampak.. gemuk sgt agaknya aku ni sampai balik balik aku .. balik balik aku

hishh minah tu spoiltkan mood aku aaa.. esok esok aa aku sambung .. korang tengok aa dulu gambo ek


Jutaan terima kasih

** Pada diri aku sendiri sbb bagi reward kat DIRI AKU SENDIRI
** Roziey !! THX for the flower ..its so lovely ..( walhal bunga tu ada 2 warna jerrrr.. tang mana lovely tu ? haahaha )
** Mak abah yang datang yg duduk kat ting 5 ..

Friday, July 27, 2007

Pre-Konvo :




kerna terpaksa aku ambil jubah itu

Dok happy2 sbb officially settle MUET ingatkan boleh aa pendingkan graduation date, sebab kalut sana sini then ada plak yg kata tak sempat masuk Senat sbb result keluar lambat ..jadik aku ni pun dok 'la la la la ' jer lerr.. tup tup member bagik loud speaker kata paksa rela kena p jugak..kaedahnya " take it or leave it " kalau ko tak nak amik jubah sem ni tahun2 depan ko tengok je la kawan2 lenggang kangkung p amik skrool tu ..
Aku yg kalut malut ni pun hapa lagik .. meloncat ala ala superman call sana sini nak cari info .. bak kata pepatah " sudah terang lagik bersuluh..benar bagai di kata " ..PAKSA RELA la aku p ambik jubah tu pada subuh shafie 21/7/2007..Laaa ni excited thah kemana preparation tah kemana ..kalau nak amik exam tu ada laa jugak baca buku seminggu dua ..ini gap masanya dgn kejadiaan sebenar dalam seminggu, dah la tengah2 bulan kaedahnya pakai jer la busana apa yg ada..yg penting tudung jer yang baru sebab baju .jubah tu dah cover dan mana done nak cari
baju ..
Jadik aku ngan beberapa ketul member aku pun p la test jubah yang diagung2kan oleh mereka yang dah abis belajar tu .. ha ni laa hasilnya..
Dalam paksa rela tu ..nampak jugak kepoyooan aku , muahahahahahah




Monday, July 16, 2007

MUET oo MUET

Alhamdulillah Ya Allah ..
4 thn bergelumang dgn pelajaran , tiap yg mula akan ada akhir..Syukur ke hadrat Ilahi menganugerahkan kesabaran untk aku tempoh semua ni.. hari ni result Muet akan keluar , result yang menentukan aku dapat settlekan ke tak pengajian yang aku lalui 4 thn lepas.. pepgi buter aku klik website tu tapi hampa.. result tak keluar2 .. MUET tu dah aa payah .. aku yg kurang bijak dalam Bahasa Inggeris ni mmg jaki jipang la nak amik subjek ni..tapi itu antara subjek wajib yang aku kena habiskan kalau nak dapat skroll ( betul ke tak aa aku eja ni)..Pepagi jugak aku dok call org Majlis peperiksaan Malaysia , tanya bila nak keluar result depa kata pkl lepas pkl 10 pagi.. tunggu punya tunggu dah berapa kali aku klik nak tengok result ..taraaaa..
akhirnya ...








Alhamdulillah , syukur lepas jugak .....walaupun tak la cecah 'warna-warna pelangi ' tapi melepasi tahap yg dikehendaki
Now i'm officially end up my part time study and Syukur ya Rab atas anugerah Mu ini..

I'm dedicated a thousand thanks to : ( hah hah ah ala ala menang anugerah la plak aku ni )

1. Terima Kasih Ya Allah kerana menganugerahkan ketabahan kat aku , waktu yang paling


mencabar sekali adalah waktu mak aku sakit masuk spital masa tu plak nak anto assigment


kena ada study group lagik..ngadap pc lagi ..ulang alik ke hospital lagi p seri kembangan


lagi ..kemudian disusuli plak abah aku sakit masuk spital jugak ngadap assigment dan test2


yang bertubi2.Sesungguhnya aku insaf disebalik dugaan ada kemanisan.


2. Mak Abah dan keluarga yang banyak tak kisah walaupun aku jarang2 balik kg , jarang2


attend kenduri-kendara atas sebab nak settlekan assigment dan preparation tuk exam .

3. Kawan2 yang tak terhitung namanya yang menjadikan aku tabah mengadap buku dan


ngadap LMS tanpa jemu dan berpoyo-poyoaan menghadapi tahap tahap tekanan


melampau.Kengkadang tekanan yang aku kira melampaui batas-batas manusiawi .. ( tdo opis


beralaskan lengan, tdo kat kerusi opis dek keranan ngadap assigment masa bulan


Ramadhan , binding assigmnet yang tah hapa apa kaedahnya dan mcm2 lagi heh heh heh )

4. Terima kasih jugak kat roh aku dan jiwa aku kerana still maintaine tuk ngadap pancharoba


ni .kalau tension je aku ngadap makanan .. heh heh heh ( sesungguhnya hidupku , matiku,


ibadahku hanya untuk Allah )

5. kepada anda..ye laa anda laa..sapa lagik ..yg sudi baca..dengan ucapan TERIMA KASIH


laaaa!!