Friday, January 19, 2007

- Karikatur & CM -

today berlari berkejaran ke Central market , sebab nak mintak artist2 yang berkeliber kat sana meng karikatur kan wajah bos-bos kat dept aku ni. Bercerita pasal CM ni dah berkurun jugak aku tak p sana , waaaa.. skarang CM sudah maju laaa.. kedai makan yang kat tingkat atas tu dah tak mcm dulu , skarang ni dah upgrave hatta sampai tahap tempat membasuh tangan pun depa dah upgrade ke patern kuali .. ( kuali bebetul tu dia buat tempat basuh tangan , oastu paipnya mcm ala ala kayu pokok) kagum aku lima lakhzah .pastu ada plak persembahan angklung .. brother ni main angklung mcm "jitu" giler sebab teknik dia goyangkan tangantu kalah pengantin lelaki goyang tangan tok kadi.Macam-macam lagu laa dia layan ... dari hindustan ke lagu-lagu bombastik IRWANSYAH .Sementara tunggu Brother "Ujang" yang terel tu melukis 3 karikatur , meronda la aku jadiknya ..
Bercerita pasal karikatur ni .. memang cun gila aaa mamat ni lukis , sampai muka bos aku tu dah jadik mcm kartun aaa plak rasanya.. Tabik 3 kali tuk dak UJANG!!

Tuesday, January 16, 2007

Makan Nasik Minyak @ Sabak Bernam



kawan aku menikah kat Sabak Bernam , kami p satu keter ( tak penah aku jejak kaki ke Sabak Bernam ) ni first time pegi .Member aku amik jalan kg, mak oiii beralun jalannya punya la lama baru sampai ke Sg Besar.Jalan punya jalan .. view kiri kanan menghijau jer..memula aku bagik komen " Banyak betul padang Lalang kat sini " pastu kat satu point aku nampak butir-butir padi..komen bertukar ke jerita " wowwww.. ada padi laaaa" . Kebetulan member aku yg satu keter tu org Kedah dok sound aku " tak penah nampak bendang ker kak ?" dgn innesennya aku jawab la tak penah .. pastu dia bantai aku laa tu la dia tak reti berjalan-jalan.
Hmm satu pengalaman baru untuk aku ..tengok bendang , tengok rumah kat tengah bendang( sampai ak tanya , tak kena petir ke umah diorang ni dok tengah-tengah bendang ni ) .. mcm org jakun pun ada jugak aku rasa..tapi view yang \saujana mata memandang tu spoilt sket dek kerana jalan yang tak rata..mcm naik mesin kuda OGAWA plak aku rasa.
Sampai kat umah pengantin dlm pukul 3:00 pm , terus hantar hadiah ke bilik pengantin then terus cari ruang dan peluang untuk isi perut.. siap aku pesan kat si ecah..kita datang jauh-jauh ni ..belasah cukup-cukup..( hahhahaah ) . Tapiiii dek kerana org pun dah tak ramai , kendarat pun dah nak tutup kedai..jadi kitorang pun bedal jer la apa yang ada .. tapu CUKUP PUEH HATI LAAAAA..lauk pun sodap hinggo menjilek pinggan.Kepada pasangan pengantin , diucapkan ..semoga berkat dan bahagia hingga ke alam barzah

Monday, January 08, 2007

matahari


hmm pagi ni sementara menanti tok misai ( panggilan untuk polis trafik ) bagi signal untuk meneruskan perjalanan , mata aku melilau memecahkan kebosanan menahan sakit kaki menekan pedal brek. Tiba di satu pengamatan iaitu matahari as -siddiq, rasa sungguh indah , nasib baik ada camera memang tersedia, sambil sambil tu aku snap laaa suasana tersebut. Setelah siap menyeNAP ( kata akar SNAP ) aku tengok hasil gambar tersebut gelap la pulak , aku yang sememangnya buta fotografi ni mengandaikan mungkin penataan cahaya aku yang menyebabkan gambar jadi begitu . Lokasi kejadian adalah di depan simpang masuk Ttwangsa yang baru diwar-warkan dengan kehadiran objek " eye of malaysia " ( kalau tak salah aku ). Alhamdulillah perjalanan aku dari rumah ke pejabat tak perlu melalui tol ( dulu kena jugak kat depan Hospital Tawakal ). Walaupun menghadapi sedikit kemelut kesesakan lalulintas di Jln Tun Razak namun aku masih bersyukur kerana masih mampu memulakan perjalanan dari tempat kerja seawal 7:30pagi.
Bercerita berkenaan eye of malaysia ni , aku terpanggil nak tengok dari jarak office aku di tingkat 20 .Sememangnya jelas nampak mcm kincir air di Belanda.Selepas membuat beberapa ulasan dengan kengkawan , aku rasa harga RM 15 sekali naik tu mcm tak berbaloi la pulak sebab pada aku "pusing takat 360 darjah " pastu turun .Namun bagi aku yang agak jakun dengan perkembangan game moden ni , akan ku coba jugak suatu hari nanti.

Friday, January 05, 2007

Dari tanah ke tanah

Smalam baru berkira-kira nak p HUKM sebab mak member aku diberitakan sedang 'dikomakan' oleh pihak hospital dek serangan darah tinggi.Namun kita hanya merancang Allah jua yang menetukannya. Tup tup pepagi ni aku terima sms " telah kembali menemui Allah pada jam 4:30 am " . Jadik aku n the gang pun p la melawat jenazah di Tmn Watan Ampang.Dengan camera yang tak seberapa canggih aku yang sentiasa ada dlm beg ni aku try jugak selit sana sini untuk amik gambar untuk buat ingatan bagi kita yang hidup ni .Mcm macam helah la yg aku gayakan sampai tahap pinjam celah celah ketiak member aku untuk dapat amik gambar2 ni.Bukan apa aku takut jugak kalau org-org tua nampak xtvt aku mengambil gambar ni , nanti kena jerkah ke apa ker satu hal la plak . Sedih memang la sedih.Sepanjang aku mengenali arwah ( mak member aku tu ) dia memang baik , senyap jer tak der la banyak cakap mcm anak pompuan dia tu . Walaupun pendiam arwah makcik tu tetap best sebab dia tetap jaworld, ada jugak aa aku bercakap cakap versi jawa dengan dia masa aku dok menjengah anak dara dia masa raya, masa hari pernikahan / persandingan member aku. Masa dok gali-gali kubur dan semasa proses memasukkan jenazah ke liang lahad aku rasa hiba sgt2, bila aku dengar pakcik-pakcik tu kata " buka penutup muka , alihkan muka ke kanan, letak tanah sket kat situ .. " hiba bila mengenangkan member aku ni dah tak der mak ( tapi alhamdulillah dia dah ada suami tempat dia mengadu ) tp sian tengok adik lelaki dia (satu-satunya adik lelaki ) yang turunkan jenazah ke liang , lepas ni adik dia dah tak der sapa dah kakak-kakak dah kawen dan ada tanggungjawab . Maknanya dia kena la jaga diri sendiri .Semoga adik member aku tu tabah .Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya mengizinkan urusan pengkebumian berlalu dengan cepat dan mudah




4:30 am : meninggal di HUKM
8:30 am : Jenazah dibawa ke surau berdekatan
- Dimandikan oleh anak-anak & jenaah surau yang terlibat
- Dikafankan
-Disembahyangkan
11:00 am : Dikebumikan di tanah perkuburan Ampang

Buat kawan aku , Anita Kamarudin .. semoga kau dan adik beradik ko yang lain tabah & kebal .. Go go cayyo !! ( tu ayat penyedap rasa nak bagik tak nampak sedih sgt ) .

" Yang Pergi Selamat Bersemadi , Kita Yang Tinggal Menghitung Hari "

Wednesday, January 03, 2007

rain, Rain Go Away..




hmm bercerita pasal banjir , sebenarnya ada melibatkan family aku jugak , entry yang lepas aku dok cerita mak aku balik kg sebab cuti panjang . Sebenarnya 4 hari je dia kat sana sebab banjir makin lama makin buruk dan kaki mak aku pun ada effect sket berikutan banjir tu . Datuk & Nenek aku plak stay kat kg lagik atas alasan tak der sapa nak jaga umah , takut nanti ada maling( pencuri ) .So ada tak der mak aku yang kurang sehat tu terpaksa la mengundurkan diri pulang ke KL untuk mendapatkan rawatan lanjut pasal kaki dia .
Nak dijadikan cerita bebaru ni , keadaan banjir bertambah teruk hanya tinggal 3 keluarga je kat kg aku tu (termasuk datuk den ) thah aa nak kata semangat kejawaan yang datuk aku tu ada membara-bara mcm air sungai batu pahat tu pun tak la jugak . sebab datuk aku tu pun dah kurang berdaya tp menurut akak akak kat sini .. tu semangat org tua terhadap rumah dia jadik tak boleh nak kata apa . Org2 muda ni kalau paksa melampau lampau sgt pun akan mendatangkan mudarat pulak kat diri sendiri atau dengan kata lain mendatangkan dosa la pulak . Alhamdulillah la jugak sebab pakcik aku ada 2 org kat sana jadi boleh la tengokkan datuk n nenek aku tu .Sebab menurut adik aku yang berada di Muar , jln nak balik ke kg aku tu ditutup sebab banjir .
Semoga banjir akan surut dan mangsa banjir dapat pulang ke lokasi masing-masing dengan selamat .