Monday, January 08, 2007

matahari


hmm pagi ni sementara menanti tok misai ( panggilan untuk polis trafik ) bagi signal untuk meneruskan perjalanan , mata aku melilau memecahkan kebosanan menahan sakit kaki menekan pedal brek. Tiba di satu pengamatan iaitu matahari as -siddiq, rasa sungguh indah , nasib baik ada camera memang tersedia, sambil sambil tu aku snap laaa suasana tersebut. Setelah siap menyeNAP ( kata akar SNAP ) aku tengok hasil gambar tersebut gelap la pulak , aku yang sememangnya buta fotografi ni mengandaikan mungkin penataan cahaya aku yang menyebabkan gambar jadi begitu . Lokasi kejadian adalah di depan simpang masuk Ttwangsa yang baru diwar-warkan dengan kehadiran objek " eye of malaysia " ( kalau tak salah aku ). Alhamdulillah perjalanan aku dari rumah ke pejabat tak perlu melalui tol ( dulu kena jugak kat depan Hospital Tawakal ). Walaupun menghadapi sedikit kemelut kesesakan lalulintas di Jln Tun Razak namun aku masih bersyukur kerana masih mampu memulakan perjalanan dari tempat kerja seawal 7:30pagi.
Bercerita berkenaan eye of malaysia ni , aku terpanggil nak tengok dari jarak office aku di tingkat 20 .Sememangnya jelas nampak mcm kincir air di Belanda.Selepas membuat beberapa ulasan dengan kengkawan , aku rasa harga RM 15 sekali naik tu mcm tak berbaloi la pulak sebab pada aku "pusing takat 360 darjah " pastu turun .Namun bagi aku yang agak jakun dengan perkembangan game moden ni , akan ku coba jugak suatu hari nanti.

3 comments:

RaFFLeSiA MeRaH said...
This comment has been removed by a blog administrator.
RaFFLeSiA MeRaH said...

weiii...ko opis kat maner yerk...aku rasa mesti ko lalu depan opis aku kalo gi keje...hihihihik...aku nyer opis depan bangunan marinara tu jerr, dekat trafik light tu...memang dengan ngan eye on malaysia tuh, eh, kwn aku kata 15 ringgit tu dia pusing 6 kali laa...ari ahad tu dia pegi...

ezatulhaq said...

amboiii dlm tak sedar tu berjiran kita yer ? hehehhe bagus bagus boleh jengah ko kat kantin opis ko tu