Friday, January 05, 2007

Dari tanah ke tanah

Smalam baru berkira-kira nak p HUKM sebab mak member aku diberitakan sedang 'dikomakan' oleh pihak hospital dek serangan darah tinggi.Namun kita hanya merancang Allah jua yang menetukannya. Tup tup pepagi ni aku terima sms " telah kembali menemui Allah pada jam 4:30 am " . Jadik aku n the gang pun p la melawat jenazah di Tmn Watan Ampang.Dengan camera yang tak seberapa canggih aku yang sentiasa ada dlm beg ni aku try jugak selit sana sini untuk amik gambar untuk buat ingatan bagi kita yang hidup ni .Mcm macam helah la yg aku gayakan sampai tahap pinjam celah celah ketiak member aku untuk dapat amik gambar2 ni.Bukan apa aku takut jugak kalau org-org tua nampak xtvt aku mengambil gambar ni , nanti kena jerkah ke apa ker satu hal la plak . Sedih memang la sedih.Sepanjang aku mengenali arwah ( mak member aku tu ) dia memang baik , senyap jer tak der la banyak cakap mcm anak pompuan dia tu . Walaupun pendiam arwah makcik tu tetap best sebab dia tetap jaworld, ada jugak aa aku bercakap cakap versi jawa dengan dia masa aku dok menjengah anak dara dia masa raya, masa hari pernikahan / persandingan member aku. Masa dok gali-gali kubur dan semasa proses memasukkan jenazah ke liang lahad aku rasa hiba sgt2, bila aku dengar pakcik-pakcik tu kata " buka penutup muka , alihkan muka ke kanan, letak tanah sket kat situ .. " hiba bila mengenangkan member aku ni dah tak der mak ( tapi alhamdulillah dia dah ada suami tempat dia mengadu ) tp sian tengok adik lelaki dia (satu-satunya adik lelaki ) yang turunkan jenazah ke liang , lepas ni adik dia dah tak der sapa dah kakak-kakak dah kawen dan ada tanggungjawab . Maknanya dia kena la jaga diri sendiri .Semoga adik member aku tu tabah .Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya mengizinkan urusan pengkebumian berlalu dengan cepat dan mudah




4:30 am : meninggal di HUKM
8:30 am : Jenazah dibawa ke surau berdekatan
- Dimandikan oleh anak-anak & jenaah surau yang terlibat
- Dikafankan
-Disembahyangkan
11:00 am : Dikebumikan di tanah perkuburan Ampang

Buat kawan aku , Anita Kamarudin .. semoga kau dan adik beradik ko yang lain tabah & kebal .. Go go cayyo !! ( tu ayat penyedap rasa nak bagik tak nampak sedih sgt ) .

" Yang Pergi Selamat Bersemadi , Kita Yang Tinggal Menghitung Hari "

1 comment:

RaFFLeSiA MeRaH said...

bila tgk org sakit, bila tgk org meninggal, memang tul2 wat aku insaf, tapi nape time tu jer yerk, pehtu dah x ingat lagi dah....emmm...mak kwn ko tu sakit aper yerkk?? sian, sib baik anak sumer dah besar2 dan ramai yg dah kawin...kalo anak pompuan yg lum kawin, susah ati gak...sib baik yg lum kawin tu lelaki...utk arwah aku sedekahkan al-fatihah....