Thursday, December 25, 2008

salam!!

Salam..
Harap ampun lama dah tak hapdet blog ..mama JC tu siap bersin2 lagik kat dlm blog guwe.. sepanjang merentasi 2008 ni saya buat conclusion apa yg terjadi kat harta benda dan diri ku ini ..




keter chomel ku telah dipecahkan cermin bahagian kiri pemandu tu .. di suatu petang yg hening dek kerana saya meletakkan beg yg berisi bebrapa barang berharga .sedey oo bila balik dari kedai makan tengok plak cermin keter berlubang..cess pottongggg selera makan jer..antara barang yg hilang ialah ..

# telekong kesayangan guwe ( si pengambil tu nak bagik kat omak dia agaknya.. tak per.. sila2 )

# camera kesayangan ku .. ( waa tang ni yg tak tahan ni .. kamera tu beli pakai duit bonos 2 thn sudah , sentimental value tu wehh )

# beg kesayangan warna kelabu ku pun losap jugak

## pengajarannya : sejarah dah buktikan ..jgn letak beg sandang dlm keter .. waqlaupun tak isi notebook tapi ada tu sumber attraction jugak tuk kena pecah ..
Teringat kat satu ustaz tu masa bagik ceramah tentang hukum hudud.. kalau mencuri potong tangan tapi kena tengok keadaan dan kejadian jugak .. dah tuanpunya harta yg bagik attraction, pastu letak plak kat tempat terdedah mcm tu .. abih camno ? sapo yg patut disalahkan ? siapa ? siapa ? tuanpunya harta jugak laaaa iaitu : SAYA ( astagfirullahal a’zim )

Ya Ampun .. skarang ni saya dah makin menggemuk bagai johan .. berat badan makin menjadi2 naiknya.. payah betul nak kasi turun .. yg ni pun kena akui jugak salah sendiri sebab suka makan .. 30 thn kata nak diet tapi tak jalan2 jugak .. siapa yg salah ? SAYA jugak ( astagfirullah hal a’zim)


~ gambar ehsan dari fotopages enot..( not tumpang lalu .. aku copy paste gambo ) heehe

ups lupa plak .. hari ni merupakan tarikh ulangtahun perkahwinan arwah makcik dan arwah pakcik saya .. semoga Allah mencucri rahmat ke atas roh mereka. kisah mereka akan dicerita kan nanti ..tunggu ada kelapangan la yer ..

Friday, April 11, 2008

Qiamullail



rasanya sudah lama saya tak berjemaah bersama kawan2 menghidupkan malam..kini terpanggil untuk melakukannya .Sesungguhnya banyak pengalaman yg saya tempuh di sini namun ada satu pengalaman yang memberi kesan yang dalam pada diri saya sendiri.

1. Solat Tasbih :
- ketika solat tasbih .. sewaktu berdiri dan membacakan kalimah memuji Allah.. saya yang berdiri terlalu lama rasa terhoyong hayang dan tidak dapat mengimbangkan badan .. namun saya paksa diri untuk berdiri dan terus berdiri .. usai solat .. apabila lampu dihidupkan .. saya melihat imam yg mengimamkan solat bertongkat!! tiba2 saya rasa betapa kecil dan hinanya diri ini.. alhamdulillah Allah kurniakan tubuh badan yang dehat tetapi masih terhoyong hayang lagik bila mengadap yang Esa.. dan imam itu walau bertongkat tetapi masih gagah menguatkan kuda-kudanya demi cinta yang satu.


2. Taubat
- solat taubat dilakukan untuk menginsafi dan memohon keampunan ke atas dosa yang dibuat namun keras sungguh hati saya ini, juraian air mata yang keluar dari mata seorang imam dan esakan yg mengharukan masih jua tak mampu melunakkan hati saya yg keras ini.Hingga saya bertanya pada diri saya sendiri .. keras sungguh hati ku ini .. Ya Allah teruknya aku .. sampai satu tahap saya memohon pada Allah .. Ya Rabb lunakkanlah hatiku untuk menyesali dosa-dosaku.. hati semakin sayu namun air mata tak kunjung tiba jua.. saya jadi benci pada diri saya sendiri .. tatkala imam membaca doa dengan esakan kecil.. di hujung doa sebelum perkataan amiin dibacakan saya berjaya menumpahkan SETITIS sahaja air mata .. ternyata hati ini amat keras.. bantulah saya.. doakan lah saya agar lebut hati agar lunak hati demi sebuah cinnta yg hakiki ..

Sunday, April 06, 2008

Pesta buku

serious tak penah pergi lagik pesta-pesta buku ni .. last skali p pesta mcm ni thnbila tah tak hengat masa temankan enot carik notebook .. PC fair kat PWTC jugak .. selaut orang2 kat sana .. pastu tetiba mcm terpanggil plak nak p pesta buku sbb nak carik beberapa buku .. lain laa si albazrah , dia dah selalu jengah tempat mcm gitew.. betul tak maa? wokkey ini cerita p ke fiesta buku tu

Bertolak ke sinun dlm pkl 12:30 pastu p parking yg tak berapa nak dihalalkan oleh polis trafik .. ( sbb nak parking free heheheh ) then mengorak langkah ke dlm tapak fiesta, mak oii berdegup jantung tengok booth ( betul ke aku eja ni aa? balun jer aa ) niat di hati mmg nak mencari buku yg dihajati .. alhamdulillah berpusing ke sana sini .. buku Sirah Rasulullah ( selawat dan salam buat beliau , family dan sahabat )dah dapat , kemudian mencari pula beberapa buku bacaan ringan ..menjegah pula ke booth PTS .. menjajau mata mencari buku travelog haji .. heheh alhamdulillah dapat!, niat di hati nak jumpa penulisnya .. nak mintak sign kat buku tapi bukan rezeki nampaknya.. bila ditanya pada juruwang .. katanya Prof Kamil dah berangkat pulang ( ni bahana mencari booth PTS laa ni .. nuuuun jauh di seberang sungai .kenapa mengapa lokasinya di situ ? hanya penganjur yang tahu :-> )
sesungguhnya pengalaman pertama menjengah pameran buku mmg satu pengalaman unik.. biarpun sakit kaki melangkah dari satu booth ke satu booth namun kepuasan tetap dihati !!
credit pada sahabat saya yang mengajak saya ke lokasi kejadian ..

Saturday, March 08, 2008

Undilah kita semua ...



salam , lama sungguh tak update blog.. wokkeyy org dok ralit cerita pasal pengalaman mengundi aku pun dok nak cerita jugak ..
Alhamdulillah dah 2 kali aku menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi ..detik mengundi kat lokasi yg sama tapi suasana berbeza..

Pengalaman pertama:
time ni mcm buduz2 je nak p ngundi ... org suruh beratur aku beratur .. dah sampai tahap2 nak memangkah dan tunggu nama kena panggil .. mcm suspend la pulak .. hahahahh aku terus ingatkan dlm ati ..jgn tanda rait tapi tanda pangkah ,,, X
heh heh heh ingat lagik .. punya la xcited nak look n feel pengalaman mengundi ni .. mlm lepas pilihanraya aku siap p markas dgn member.. hehehe punya la ramai org .. tp skarang ni dah tak mau p dah .. tak tegar ...

Pengalaman ke dua :
masa ni umur pun dah banyak otak pun dah berjalan sket heh heh heh .. so memulakan langkah mengundi dgn confident jer.. tiba kat pusat mengundi dan nak check nama khemah2 parti .. tiba kat parti biru tu.. aku dok berdiri mcm tiang seri tegak berlima jerr.. diorang buat derk je kat aku ..cess aku pun memalingkan langkah ke khemah satu lagikkk .. Alhamdulillah ... dilayan dgn baik ( siap bagik hint lagik tu.. dikk bila mlm jgn lupa tengaok apa ? ) hahahahha .. nak tergelak pun ada .. mcm2 teknik peraih undi ni .. tapi kali ni rasanya beratur kat saluran 5 punya la jenuh menunggu .. rasanya muda-mudi dah faham tanggungjawab kot, tu yg jadiknya beratur tak hengat ..

Kesimpulan :
hahah mcm karangan la plak siap ada kesimpulan .. pengalaman pertama dan pengalaman kedua mmg banyak beza.. moment yg mmg tak leh dilupakan laaaaaaaaaaaaaa..

Tuesday, March 04, 2008

UNISEL " Dunia Baru"




kata org tak kenal maka tak chenta .. skarang ni rasanya saya semakin menyukai kerja saya .. menapakkan kaki ke kampus yg agak jauh dari hiruk pikuk kota mmg satu pengalaman baru. Mengetuk pintu bilik adik2 pompuan di UNISEL juga mecabar saya supaya menjadik lebih agresif .. hahaha rasa nak gelak pun ada ..mcm buat sport check zaman skolah pulak .. tapi tinggi ooo bilik adik-adik ni.. tercungap-cungap jugak laa di buatnya ( paling tinggi tingkat 4 beb !! kali dengan 5 bangunan dah berapa tu ) . Satu yg saya sedar sekarang ni perbezaan student skarang ni lebih creative.. ada satu bilik tu siap buat note " menjual buah-buahan potong tapi pkl 7 dan keatas sahaja", ada pulak yang menjual burger , top up phone, yang buat kedai dobi pun ada !! hahaha cayalah bebudak ni creative bertingkat2 sama mcm bangunan diorang !! ) meredah kepanasan juga satu cabaran jugak .. sampai member saya siap sound " udah2 laa tu pakai sun block tu.. kalau nak hitam hitam jugak .. muka ko pun bukan putih melepak pun " hahahhaa.. Upss lupa nak bagi credit to Dilla yang sudi membawa saya menaiki kereta kelisa kelabunya.. harus member ni busan dgn saya sbb kerja saya masuk keter ZzZzZz.. saya pun tak tahu mengapa saya jadi begitu .. walhal saya berhempas pulas menahan ngantuk tetapi .. GAGAL..

Makan Cendol mamak :

selama 5 hari kami berulang-alik ke UNISEL , harus melalu mamak cendol yang tekun bekerja ni .. maka hari terakhir kami gagahkan diri untuk merasa cendol mamak ..
++ " mamak saya mau cendol jagung yaaa"
-- " ok "

2 min kemudian
-- " adik cuba rasa ini cendol , semua saya taruk .. kacang ,jagung,jelly,pulut semua ada "
++ toing toing .. ( dlm hati : aku nak cendol jagung )
namun sebab mamak tu excited dengan kehadiran tetamu .. dia balun semua perisa cendol .. jgn ditanya saya sedap atau tidak .. saya makan kerana mata tua mamak cendol itu amat sayu dan layu .. menunggu tetamu ..

Sunday, January 20, 2008

sajadah

terpana seketika.. bila salah seorang member chatting bagik satu info yang tak saya tahu selama ini ..bahawasanya tiap kali solat subuh Jumaat berjemaah di masjid akan ada solat sujud sajadah .. .. setiap kata-katanya saya iyer dan tidakkan sahaja sebab tidak pernah melalui pengalaman sebegini , selama ini saya hanya mengetahui tentang sujud sajadah yang bertanda umpama mimbar masjid di dalam helaian Al-Quran..
.. Di suatu subuh Jumaat yang hening pkl 5:30 am , paksa diri ni bangun dan mandi tuk melangkah ke masjid...taraaaaa... sampai kat sana.. gate masjid pun belum buka ( ini bermakna saya telah mendahului tok siak masjid ... :-) )
ternyata apa yg dikatakan adalah benar sama sekali ..sewaktu anggota sujud rebah ke lantai sejadah .. saya hanya diam dan bertasbih di dalam hati ..rupanya ada doa yg perlu dibaca semasa sujud itu ..

dan hari ini saya berusaha menjadi hafizah untuk doa sajadah itu ...mlm tadik saya berjaya menghafalnya.. tup tup pagi ini saya hanya mampu mengingat " sajawaj hiya ......."


sedih pulak rasanya bila tak berjaya menghafal2 .. semoga Allah beri hidayah dan taufik pada ku untuk hafal doa sujud sajadah ni .. amiin


link to bacaan sujud sajadah .... ( http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic57_2001.htm )

Monday, January 14, 2008

Bagaimana cara terbaik untuk mengqada’ sembahyang fardu yang telah ditinggalkan secara sedar atau tidak dari baligh?

Oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor

Soalan :

Assalammualaikum,
Saya ingin mengqadakan sembahyang fardu yang telah ditinggalkan secara sedar atau tidak dari baligh sehinga kini, bagaimana cara terbaik untuk melakukannya. Dan sila berikan nas atau dalil atau (hadis sahih) untuk perkara diatas (qadakan sembahyang kerana sengaja tinggal) untuk mengelakkan salah faham?

Jawapan :

Solat fardhu adalah wajib kepada muslim yang mualaf dalam apa jua keadaan. Solat fardhu adalah ibadat badaniah yang khusus dan tidak boleh dibayar dengan fidyah. Walaubagaimanapun dalam keadaan uzur atau sakit menurut hadith sahih Bukhari dan Muslim menjelaskan Rasullullah S.A.W. telah bersabda maksudnya;

“Sesiapa yang tertidur atau terlupa hendaklah mengqada’ bila terjaga atau teringat”.

Solat yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan wajib diqada’ dengan segera sebagaimana menjelaskan hutang piutang. Solat qada’ boleh dikerjakan pada bila-bila masa dan sebaik-baiknya disegerakan.

======

Mengingatkan diri saya sendiri agar selalu beringat bahawa nikmat Allah itu tidak pernah terhenti tetapi saya sering alpa terhadap nikmat itu .. semoga hati ini semakin lembut, amiin ya Rab

Sunday, January 13, 2008

Dari pengalaman aku diajar ..



"Dari Allag aku datang, kepada Allah aku kembali "

terumbang-ambingnya aku satu ketika dahulu dengan satu hentakan keras dari Yang Maha Pencipta , hingga aku merangkak satu persatu dan bertemu serta mengakui Kebesaran dan betapa Agungnya Cinta Allah ..


"Tak semua yang kita nak kita dapat , tapi bersyukurlah dengan apa yang kita ada "


Melangkah kaki ke rumah Allah 2 hari berturut-turut menjadikan aku terpana dan insaf , betapa aku merancang itu dan ini namun rancangan Allah mengatasi akal manusia. Duduk dengan tiket “ ekslusif “ di belakang masjid menjadikan aku berfikir betapa Rahmat Allah itu berada dimana-mana Cuma.. mulakan langkah tanpa menoleh ke depan.( kenapa aku katakana ke depan ? kerana aku masih jaaauh ketinggalan di belakang dan berdikit-dikit aku menuju ke depan, semoga perkataan “ syukur ‘ sentiasa basah dilidah ku .

" kalau bukan rezeki , walau dah masuk mulut pun akan keluar balik "

..semoga ada rezeki yang barakah serta dirahmati Allah untukku ..

"~ sesungguhnya doa adalah senjata umat Islam~ "