Monday, May 29, 2006

myteam

Result :

myteam --> 1
malaysia -->2

wow!!! best sey mlm tdik punya match ..gigilll suara aku menjerit jerit , first time p stadium .terpinga-pinga aku ngan adik aku ( member aku kata mcm org jakun !!) happening gilozzzz walaupun hakikatnya aku ni bangang pasal bola..yg aku tau tengok team biru bawak bola ke gawang gol harus beri sorakkan .. Smalam aku rasa mcm org-org Malaysia ni bersatu kat satu stadium tuk sokong team Malaysia sendiri ( tak kira laa myteam ker ur team ker..) Adik aku punya frust bila myteam kalah, time aku ajak balik awal dia dah memekak kat telinga aku " ada harapan lagik ni " .. namun harapan tinggal harapan jer lerrrr.. tapi satui pengalaman baru untuk aku ngan adik aku dan kami buat kesimpulan " Tengok bola kat stadium lagi gempak dari tengok kat tv " ..
Yang tak bestnya :

1. Nak p Bukit Jalil tu mak oii berasak-asak org.. nak naik komuter ..sampai satu tahap aku tarik baju adik aku takut hilang ( nak pegang tangan adik sendiri , nanti turun plak saham aku .. lagipun macam jiwang la plak ..)

2. Takder air cond aa kat dlm satdium ( hahaha ) panas seyyyy..

3. tak leh bawak air botol .. penat menjerit ..telan air liur jerrrrrr

4, Tak pueh hati aaaa my team kalah ( haa korang cuba tengok member aku 2 org tu layan aku amik gambo sebab depa pun frust )




Friday, May 26, 2006

m y t e a m ..

Heh heh heh gumbira rasa dihati.. dapat tgk bole free.. actually masa aku kecik kecik dulu ada la skali jejakkan kaki ke studium dgn abah aku , ribut kabut masa tu tak nampak apa pung..tup tup kali ni ada rezeki plak tengok bola secara langsung.. bagai pucuk dicita..ulam mendatang aa walaupun aku tak makan ulam .. sebenarnya aku tak la teruja sgt tengok game ni .. tapi mengenangkan adik aku yg last tu dari dia p hora hora ngan kengkawan dia..baik aku angkut dia p merewang dgn aku jd tak ler dia merepek meraban sgt ( aku pun meraban jugak aaa... tp bertomakninah aa jugak hahaha )
Details Venue :

Game : Team M'sia vs My Team
Tarikh : 28 Mei 2006
Waktu : 8:30 pm
* aku sokong myteam!!!

Tuesday, May 16, 2006

S O L D * O U T


Selamat Hari Ibu !!
Bulan Mei ni mcm mcm sambutan yang ada antaranya sambutan Hari Ibu , Jadik walaupun dah terlewat beberapa hari ..aku nak ucap aa slamat hari ibu untuk bebudak yang tersenyum memanjang kat atas tu.. Depa ni semuanya antara ibu2 di opis aku ..opss ada 2 org yang belum bergelar ibu ..tapi boleh aa aku gelarkan IBU SEGALA KEBEJATAN ..kiranya ibu jugak aa tu..
Ok geng ..

SLAMAT HARI IBU ,
SEMOGA MENJADIK IBU CEMERLANG ,
2 IBU KEBEJATAN TU PUN ..
AKU BALUN JUGAK AA UCAP SLAMAT HARI IBU !!


Nota kaki : Aku pun ibu jugak.. IBU JARI !!!


hahaha aku teringat sepupu aku ..dia tak bijak lagik sebut ibu...tiap kali panggil ibu .. ABU..ABU..

Monday, May 15, 2006

* A K U *

Hi, salam hari senin.. atas permintaan camera aku tu jadi aku dedicatedkan gambo version aku kat aku punya blog.Hari ni aku berbusana hitam putih ala ala lawye a.k.a tinja cicak ( sapa tak tau apa itu tinja sila rujuk kamus sains)
Busana nibaru siap smalam , akak sebelah umah aku yg jaitkan ..atas dasar kemanusiaan aku tak la marah kat akak ni walaupun lkain yg aku suruh lain yang dia buat ..Takper aa asalkan busana ni sedap mata korang memandang udah laa.. hah hah ah Minah yang pakai cermin mata tu nama dia Syan,













Atas dasar keselamatan jugak gambar2 ni terpaksa di edit jadik hitam putih untuk cover jerawat yang semakin bermaharaja lela..hahahahhaha

Friday, May 12, 2006

* K a i n * R e n t a n g *

" MEREKA KATA UBAH GAYA HIDUP
IBU KATA PROTES SAMPAI TURUN "

Smalam masa dok bawak keter, terpandang satu kain rentang sempena hari ibu ni , hmm menarik ayat dia penuh makna tersirat ..jadik hari ni , dlm perjalanan p opis aku berenti kat stesen putra Jelatek then jalan kaki menuju ke kain rentang ni ..

Masa melintas jalan tu ..ramai gak org tengok2 tp aku buat ala ala macho jer aa, then snap gambo kain rentang ni .. ada beberapa perkara yang aku suka tentang kain rentang ni antaranya ialah :

# Gaya bahasa dia .. mcm peluru terus ke sasaran

# Presentation tulisan kat kain rentang ni .. puak puak yang buat kain rentang ni bijak mengatur susun atur tulisan , nampak kemas dan sedap mata memandang

# Lokasi kain rentang ni , memang tepat

dan .. yang terakhir insan yang mengambil gambo ni .. hahahhahahaha ( aku aa tu ) walaupun hari ni aku rasa aku mcm gila2 sket tapi puas ati beb!!

Wednesday, May 10, 2006

k a k i , o m a k

hmm sejak 19/2/2006 kami sekeluarga akan berulang alik ke HKL 2 kali seminggu untuk cuci luka kaki omak , kat Bilik 33 ni laa kegiatan mencuci kaki omak dijalankan oleh beberapa anggota Footcare .Actually bilik ni khas untuk pesakit diabetis dan agenda kaunseling untuk pesakit ni .. sebelum kami enter bilik ni omak telahpun menerima rawatan di Wad Orthopedik selama 27 hari.. selama 27 hari jugak aa family aku dok gilir gilir tdo kat spital.Sengsara jugak aa masa tu dah la adik lelaki aku patah kaki sebab xcdent lepas tu omak plak terkena tulang ikan


















Alhamdulillah aa skarang ni luka dek 4 kali operation kat kaki mak aku tu dah semakin ok.. tp menurut kata akak-akak kat klinik footcare tu kaki mak tak leh dipijak selama setaun sbb daging muda. Jadiknya skarang ni mak aku bergerak menggunakan pacuan 4 rodanya heh heh eh ..Peaceful gilerr bila mak balik kat umah .. tak der aa aksi aksi tdo kat kerusi dgn aksi takut2 aku mengenangkan hantu spital lagik .. hahha

Tuesday, May 09, 2006

* FE 105 *



hmm lama tak mengupdate blog kan .. terindu la plak ..hmm setelah mencongak nilai tambah tolak bahagi tentang 'aset' aku ni , maka aku dgn gaya machonya p la surrender satu insurans yang telah aku subscribe semata mata untuk membeli 'aset' ni.. sedih memang la sedih bila melangkah keluar dari pusat insurans tu , tetapi bila mengenagkan 'nilai' yang akan aku perolehi iaitu KEPUASAN memiliki 'aset' ni..maka pun ala ala kamikaze aaa
Maka aset berharga ini telah berjaya aku miliki ..( Syukur ya Allah ! akhirnya aku berjaya jugak memegang dan meraba 'aset' yang aku idam-idamkan ) hahahaha sori ek terguna perkataan meraba..( tiada unsur lucas disini aaa!! )
heheheh..hopefully dengan adanya FE 105 ni idop aku yg selama ni suram dari lensa akan bertambah ceria !!
Boleh la aku snap sini snap sana ...
Aku rasa aku akan usahakan fokus pada kaum kerabat ngan especially perkembangan kaki emak aku aaa... aku nak amik gambo aka aka nurse yg bertungkus lumus mencuci kaki mak aku dari hujung jari sampai buku lali hahaha...
sapa lagik ekk..ha bebudak opis yg selalu kutuk kutuk aku .. ader ke depa kata aku beli camera tikam .. hishh sori beb !! nak terputus urat keting aku menapak ke low yat tu ..

L O W Y A T

# heheheh korang nak tau tak ?seumur idop aku ni .. aku tak penah p ke LOW YAT tetapi demi sebuah impian aku redah jugak p sana ngan member aku ..
# terngaga jugak aa aku p sana .. member aku siap inpom carik lorong kecik.. pastu ada tulis bangunan LOW YAT kat situ .. nasib baik jumpa..
#Jenuh sey nak buat decision nak pilih brand apa ..nasib baik aku p ngan si enot tu kalau aku p sorang tah hapa hapa brand yang aku beli tah..at last dapat jugak aku buat decision
# This is the second aset aku yg agak mahal jugak aa.. so pada korang yg nak pinjam tu ..SORI NAIK LORI LAAA.. TAKKAN AKU IJINKAN korang pinjam reter aku ni


*** tq kepada letsgodigital kerana mengijinkan aku copy paste visual ( haa bukan gambo visual!! ) camera terchenta aku

Wednesday, May 03, 2006

* G A S T R I K *

Hmm korang nampak tak dua orang wanita kat atas tu? skarang aku nak korang fokuskan pada wanita bertudung kuning ketam yang sedang mengerutkan mukanya tu.. wanita tu aku rasa sedang menahan sakit gastrik yang dideritainya.Makcik yang sedang pegang kek tu pulak sedang menyuruh seseorang mengambil ubat untuk wanita bertudung kuning ketam itu ..

Aku rasa wanita bertudung kuning ketam itu takkan melupakan tarikh hari ini , sebab dia telah menyebabkan air mata ibunya mengalir laju lebih dari 4 jam. Aku pun antara pelakon tambahan yang memainkan peranan yg kurang penting dlm tragedi gastrik ini. Dan sudah pasti HEROIN cerita 'Gastrik' ini adalah seorang gadis berkereta hitam bersama bodyguardnya.. ( gambar akan diupload setelah aku beli digicam ).

Antara kronologi cerita Gastrik ni ialah :

Tarikh : 3/4/06

Masa kejadian : ( 2:30 pm - 8:30 pm )
1. Tengah hari tu aku dapat panggilan dari akak wanita bertudung kuning ketam ni , bertanyakan pasal ahdeek dia , aku kata aa aku tak tau , pastu aku pun p la buat investigation

2. Aku cuak jugak kalau dah tetiba mok apok tpon tanyakan anak ni, instinct parents ni lain macam sket .. bak kata pepatah aura mak ayah ni lain ( tp bukan aura seri atau aura genius aaa!!)

3. Petang tu aku terima lagik call , tanya pasal wanita bertudung kuning ketam ( selepas ini disingkatkan jadik WBKK ), aku kata aku dah mintak member p tengok-tengok kan waktu balik nanti .

4. Pastu waktu nak balik umah , aku terima lagik panggilan dari keluarga WBKK ni , hati aku dah tak sedap dah.. aku p aaa contact HEROIN dlm cerita ni dan heroin tu kata nak p ngan mak dia lepas maghrib .

5. Aku terima lagik panggilan dan aku dah takut plak nak jawab sebab aku tak tau nak kata apa dah..

6.Lepas maghrib aku terima lagik panggilan tpon dari Ahdekk WBKK ni , aku pun bagitau aa HEROIN dlm perjalanan ( walaupun jam teruk .. tp heroin bawak bodyguard dia)

7.Terima sms dari adik WBKK ni siap bagitau yg family dia risau , then bagitau yg mak dia dok seriau dari petang tadi

8.Terima panggilan tpon , background panggilan tu sudah pastila tangisan dari seorang ibu, aku dah mmg kalut masa tu ..

9. Zassssss!! aku tpon heroin dan heroin sudah berada di tempat kejadian.. Alhamdulillah WBKK tidak mengalami kecederaan yang menggusarkan hati .. cuma.. cuma..cumaa.. sepi sebab sakit GASTRIK

* Moral of the story : Mengapa sepi tanpa berita... hahahha

* S P I T A L *





mak kat spital








kaki emak aku

L A N G K A W I


Aku bukan nak sgt cerita pasal LANGKAWI ni tp memandangkan dua subjek di atas tu terlalu extrem dengan Langkawi bebaru ni sampai tergamak p berterbangan ke sana dengan hasrat yang satu nak mencari ketenangan.Tetapi sejurus saja tiba di KL ni ada desas desus yang aku dengar berkenaan cuaca yan takl memberangsangkan diorang . Cuaca panas skarang ni yg menyebabkan salah sorang dari diorang ni kena attack sakit kepala ...antara dialog awal yang aku dengar :

" tak perr kipas tangan ada " <-- ni masa diorang tengah berpoya poya kat pasar apa tah namanya
"kepala aku sakit aaa, cuaca panas.. x sesuai dgn suhu badan aku ni " <-- ni dialog lepas diorang balik .

heh heh eeh ..
ternyata subjek diatas amat berpuas hati dengan perchutian diorang tu..
aku dengar desas desus menyatakan diorang ni p Indon plak lepas ni.. semoga cuaca dgn suhu badan diorang mengijinkan mereka berpergian ke sana ..

Untuk dua SUBJEK diatas aku ucapkan " semoga hasrat korang untuk beterbangan di Indon menjadi kenyataan "
hehhehehe