Tuesday, May 09, 2006

* FE 105 *



hmm lama tak mengupdate blog kan .. terindu la plak ..hmm setelah mencongak nilai tambah tolak bahagi tentang 'aset' aku ni , maka aku dgn gaya machonya p la surrender satu insurans yang telah aku subscribe semata mata untuk membeli 'aset' ni.. sedih memang la sedih bila melangkah keluar dari pusat insurans tu , tetapi bila mengenagkan 'nilai' yang akan aku perolehi iaitu KEPUASAN memiliki 'aset' ni..maka pun ala ala kamikaze aaa
Maka aset berharga ini telah berjaya aku miliki ..( Syukur ya Allah ! akhirnya aku berjaya jugak memegang dan meraba 'aset' yang aku idam-idamkan ) hahahaha sori ek terguna perkataan meraba..( tiada unsur lucas disini aaa!! )
heheheh..hopefully dengan adanya FE 105 ni idop aku yg selama ni suram dari lensa akan bertambah ceria !!
Boleh la aku snap sini snap sana ...
Aku rasa aku akan usahakan fokus pada kaum kerabat ngan especially perkembangan kaki emak aku aaa... aku nak amik gambo aka aka nurse yg bertungkus lumus mencuci kaki mak aku dari hujung jari sampai buku lali hahaha...
sapa lagik ekk..ha bebudak opis yg selalu kutuk kutuk aku .. ader ke depa kata aku beli camera tikam .. hishh sori beb !! nak terputus urat keting aku menapak ke low yat tu ..

L O W Y A T

# heheheh korang nak tau tak ?seumur idop aku ni .. aku tak penah p ke LOW YAT tetapi demi sebuah impian aku redah jugak p sana ngan member aku ..
# terngaga jugak aa aku p sana .. member aku siap inpom carik lorong kecik.. pastu ada tulis bangunan LOW YAT kat situ .. nasib baik jumpa..
#Jenuh sey nak buat decision nak pilih brand apa ..nasib baik aku p ngan si enot tu kalau aku p sorang tah hapa hapa brand yang aku beli tah..at last dapat jugak aku buat decision
# This is the second aset aku yg agak mahal jugak aa.. so pada korang yg nak pinjam tu ..SORI NAIK LORI LAAA.. TAKKAN AKU IJINKAN korang pinjam reter aku ni


*** tq kepada letsgodigital kerana mengijinkan aku copy paste visual ( haa bukan gambo visual!! ) camera terchenta aku

No comments: