Thursday, January 01, 2009

Muharram

Salam Muharram kepada diri sendiri dan kengkawan semua..
Semoga thn baru ini memberi keberkatan pada kita semua , insyaAllah ..

Berikut di lampirkan sekali beberapa amalan yg boleh diamalkan untuk bulan Muharram

Amalan Bulan Muharram .
Disunatkan berpuasa pada 9, 10, 11 Muharram ( bersamaan 6 Jan ( Selasa ) /7 Jan ( Rabu ) / 8 Jan ( Khamis ) 2008 ) .
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)
Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

Amalan 10 Muharram ( Jatuh pada 6 Jan = Selasa minggu depan )
1. Mandi Sunat.
Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.

2. Sembahyang sunat 4 rakaat.( 2 salam )
Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura 2 rakaat kerana Allah Taala."
Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca surah Al-Ikhlas ( Qulhuwallah..)
11 kali. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
selama 50 tahun melakukannya.

3. Membaca surah Al-Ikhlas ( Qulhuwallah..) hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah
akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

4. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya –InsyaAllah , Allah akan melapangkan
hidupnya pada tahun ini.

5. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

6. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam
golongan yang redha.

7. Menziarahi rumah orang alim.

8. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon
pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. Caranya : Usap dari bahagian
belakang kepala ke hadapan.

9. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti
bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

10. Bercelak. Fadilatnya – InsyaAllah Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

11. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang
Islam berbuka puasa.

Wallahua’lam