Monday, July 10, 2006

C a r K e y M o m m y

Hmm agak lama jugak tak buat entry tentang progress car key emak aku .. setakat ni the progress tu is still on ..kaki mak tak leh pijak lagi, jadi totally kena guna kerusi roda bila nak buat movement hatta p toilet skalipun.Kalau sebelum ni mak p mengajar guna kerusi roda, lately ni dah tak p dah sebab ada satu hari tu dia terjatuh .Masa tu abah anto mak p sekolah , then tak boleh ikut laluan biasa yang ada titi sebab ada kereta blok , jadi dia kena laa langkah satu longkang kecik tu .. masa dok langkah longkang tu aa dia terjatuh , so effect sket aa kat kaki mak .Lagipun kalau mak p mengajar , kaki dia dok bergantungan je.. nanti kaki dia akan membengkak.Jadi mak stop dulu mengajar .. dan skarang ni treatment 3 hari sekali kami sefamily berulang alik ke hospital anto mak untuk cuci kaki .Ni [rogress kaki mak aku sejak kluar HKL hingga sekarang .. ( I'll update the progress time to time )

kaki mak lepas keluar dari hospital , daging muda yang masih ada sluff lagi ( warna kekuning-kuning tu sluff ayng akan dibuang ketika proses mencuci )

Setelah beberapa bulan , luka semakin mengecil dan diliputi oleh kulit yang sgt nipis

Kaki mak selepas terjatuh hari tu.. kena cuci jugak ni supaya lubang semakin kecil



Friday, July 07, 2006

H O R A - H O R A

Pagi kena kira BMI , petang pulak tambah BMI
FS ni selalu keluar sana sini, payoh nak kumpulkan depa ni sekumpulan ,jadi sengaja aa buat agenda makan makan ala ala desa ni tuk merelease tension kununnya..banyak jugak aa makanan yang dibawak dari kebun umah sampai laaa kedai abg mus .Antara menunya ialah :

1. Bubur Pulut Itam / Masak Lemak Labu ( Aishah )
2. Masak Lemak Nenas Vs Ikan Masin ( Aku .. sampai kuning tangan aku ..mcm org berinai jadiknya )
3.Sambal Tumis Udang ( Romeo Must Die yang buat )
4. Daging Masak Asam Kelate ( Peja )
5. Ikan Goreng ( Hairie )

* Ikutkan Si Peja tu patut bawak budu dgn sambal belacan , tetapi nak buat ghuanno wife dia plak nak bersalin pada malam kejadian tu , jadi mamat tu pun masak la daging masak asam dia ala ala ' the flash' sebab berlari berkejaran nak tengok anak sulung dia kat Kelate.Maka kami pun pakat beli sambal belacan Abg Mus.Ulam ulaman pulak cekau kat Chow Kit..ala ala runner jugak aa aku ngan si aisah p beli ..penat tu tak usah kira aa..lepas ni kami angkat bendera putih aaa.. tok larat nak buak lagi..

hangkut ala ala caterer dah kitorang pagi tu

hammmmbikk hambikkk buat mcm kedai sendiri

santai

* Kepada sesiapa yang tak dijemput tu mintak sori bebanyak sebab segan pulak kami nak jemput ..almaklumla ni first time buat takut beb banyak kekurangan yang tak disengajakan nanti ..jadik plak kes "Rumah dah siap , Pahat berbunyi " ..Insyallah lain kali kalau kami buat lagik ..kita Hora Hora Sama Sama

B M I

Date : Jumaat ( 7 / 7/ 06 )
Agenda : Operasi Mengira BMI








hahah smalam En Human Resource dari HQ datang dok timbang semua org yang ada . Nak kira BMI katanya, nak tengok staff-staff ni berapa ramai yang obes. Dia punya penimbang perghh cun gila..rasa nak bawak balik jerr.. penimbang tu ala ala yang Ziela Jalil pakai masa iklan Keyla tu . En HR tu siap tampal teknik mengira BMI lagik .. aku rasa lepas ni akan ada satu program untuk menguruskan staff la plak ..
ni teknik mengira BMI yang aku dapat dari En HR

BMI = [ Weight/(Height x Height) ] x 10 000

Weight in kg. and height in cm.

Underweight = <18.5

Normal weight = 18.5-24.9

Overweight = 25-29.9

Obesity = BMI of 30 or greater






Ni laa rupa timbang yang aku kata ala ala timbang ziela Jalil tu , cung kang ?


Haa gelak pueh pueh kak non.. berat ideal boleh aa gelakkk..

Ni plak kertas yang en HR angkut ke hulu kehilir


* untuk diriku : Welcome to the obes club !!

Wednesday, July 05, 2006

M E, M Y S E L F & I




heheheh best sey entry aku ari ni ..smalam aku dok beronnggeng ngan esah ke JJ , Lepas satu -satu aku makan .Memula tu aku bedal kek .. pastu kek tu mcm tak best jer.. aku bedal kfc plak .. Actually tu operasi membedal yang last . sebelum aku memulakan program diet cara AKU.
Smalam aku dapat tau HR tempat aku ni nak buat kunjungan dan nak klasifikasikan tahap darjah lemak anggota-anggotanya.Jadi demi menyahut seruan HR aku tu , aku pun berazam untuk menurunkan sedikit berat badan .. dan officially i announce that i'm in diet zone.. so friends pls pls dont you should ever ever invite me on eating caremony .. hahahhahahahhaha

Chowzzz