Monday, December 18, 2006

Syukran Ya Allah



Alhamdulillah, bersyukur aku ke hadrat Ilahi diatas limpah kurnia dan izinNya kaki mak aku dah recover 100% .maknanya tak der luka lagi dan kakinya dah diliputi dengan kulit sepenuhnya.Walupun jarak daging di tumit mak aku dah berkurang dalam 2 inci dan menyebabkan dia tak boleh berpijak dengan mantep lagik ..but as long as luka kaki dah recover , itu dah cukup baik buat kami sefamili. Luka kaki mak akibat sakit Diabetis ni memang lambat sembuh dan memang kena alert selalu pasal luka dia.Terima kasih buat akak akak nurse bilik 33 Hospital Besar Kuala Lumpur sebab kesabaran dan ketelitian diorang sepanjang merawat kaki mak aku .Actually sebenarnya masa mak aku dok dlm hospital para Dr surgery suggest untuk tampal kulit peha ke kaki dia yang luka tu , tapi akak nurse bilik 33 ni kata better buat manually cuci kaki sebab dikhuatiri ada jangkitan semasa proses menampal kulit .Kami yang tak tau apa apa ni ikut mana yang baik jer laa. Sebenarnya banyak cobaan jugak sepanjang proses duduk di Hospital ni dari mak duduk wad kelas 3 then dapat wad kelas 2 pastu sister kat sana tukarkan balik mak aku ke wad kelas 3 dengan alasan kaki mak aku luka takut dijangkiti kuman kalau duduk kat wad kelas 2.. tang ni aku malas la nak komen lelebih sebab nanti mendatangkan isu politik la plak kan heh heh heh . Tapi satu pengalaman yang memenag tak dapat dilupakan la duduk hospital ni , maklumlah jarang-jarang duduk hospital , mcm2 ragam dapat aku tengok , ada makcik cina yang kena diabetis jugak , tiap-tiap malam akan memekak jerit-jerit kat nurse sampai kitorang tak boleh tido , aku dah sampai tahap nak sumbatkan earphone kat telinga mak aku .tapi nak dijadikan cerita selang beberapa hari lepas tu aku ward tu sunyi sepi balik sebab makcik cina tu dah menghembuskan nafasnya yang terakhir ..gulp..rasa bersalah jugak aku sebab bila aku dah naik hangin sangt dengar makcik cna tu menjerit aku pandang jer muka dia mcm nak aku kunyah-kunyahkan dia ..Ampun aa Ah Soo manyak soli sebab marah lu aaaa.. he he he . Ada jugak cerita yang tak bestnya bila katil Ah soo tu dah kosong , jadik diaorang akan buat restructure katil balik semual aa, nak dijadikan cerita ,mak aku terpilih pulak duduk kat katil Ah Soo yang meninggal tu ..Alamak.. mas atime tu aku dah terpk benda benda yang tak best jer, lastly aku jumpa akak nurse tu aku kata " kak , kat katil tu tak der plug , mcm mana nak pasang kipas yang kitorang bawak ni " ( dlm hati mintak mintak akak tu allow la mak aku pindah tempat lain ) Syukur alhamdulillah akak tu tukarkan mak aku kat katil lain .. hish pobia aku tengok katil Ah Soo tu ..ok setop cerita pasal Ah Soo tu.
Berbalik pada cerita mak aku plak , so skarang ni mak aku boleh la berjalan dengan terjengket-jengket ataupun menggunakan tongkat sebab kaki dia masih tidak boleh dipijakkan lagik sebab kena beli kasut khas untuk dia .Tapi yang bestnya mak aku skarang ni dah sampai ke Batu pahat nuuun balik kg berehat sambil menghirup udara segar kat kampung melepak ngan datuk dan nenek aku .Bedezup dia balik kampung lepas last check up ari Jumaat lepas, dia balik 3 minggu zasssss sampai 1 jan 2007 haa kemaruk tak kemaruk mak aku tu ? heh heh heh . Anyway mom u are the heroin aaa.. Heroin lain tak leh bit mak aku laa hatta tahap angeliana jolie heroin Mr& Mrs Smith ataupun heroin Casino Royale. To my mom : Long life for u n u are always the best in my point Of View..Hidup Samsiah ! Hidup Samsiah ( Nama mak aku Samsiah , bukan siti sarapan aaaa) heh heh heh

3 comments:

RaFFLeSiA MeRaH said...

wakakakaka...kelakor jerrk ko ni, sib baik ah soo tu x dtg memekak kat telinga ko pas dia menghembus napas terakhir tu yerkk, kalau tak, aku x tahu la nasib ko camane...harap2 mak ko sihat cam biasa yerkkk....insyallah, ko kuat, mak ko pun mesti kuat smgt gak....

Puteri Satu said...

alhamdulillah mak ko dah sihat...apa pun...biar dia berehat bebanyak...

RaFFLeSiA MeRaH said...

minah ni x update blog dia ker? 10 kali aku masuk duk rupe itu jugak....muehehehe...ker dah start cuti sampai raya? haa, yerla tuuuu...