Monday, December 17, 2007

Hujung Tahun ..

Alhamdulillah pejam celik pejam celik.. dah sampai ke hujung tahun .. mcm2 naik turun hidup sepanjang tahun 2007 yg kita lalui .. pada yang jatuh .. semoga diberi ketabahan , pada yang dapat naik tinggi semoga dapat panjatkan kesyukuran....
hari ni 17/12/2007 bersamaan dengan 7 Zulhijjah 1428 .. tetiba terkenang-kenang plak mcm mana lah org2 yang dipanggil Allah tuk menunaikan rukun Allah .. untuk kita yang belum mendapat jemputan Allah ni .. semoga akan mendapat seruan itu tak lama lagi ..insyaAllah .. Mengingatkan diri sendiri dan memanjangkan ilmu yg sangat cetek ini tuk tatapan kawan-kawan .. disini saya mengcopy dan pastekan beberapa amalan yang digalakkan sempena bulan Zulhijjah ini ..

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan
- Alhamdulillah ada beberapa org kenalan saya yang dipanggil untuk menjadi tetamu Allah di Mekah , semoga Allah
mengizinkan saya menjadi tetamunya satu hari nanti - amiin ya Rab

2. Berpuasa pada hari-hari yang digalakkan antaranya 1 - 9 Zulhijjah sekadar kemampuannya - terutamanya pada hari Arafah.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, "Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)".

No comments: