Friday, November 10, 2006

hari raya mood




Assalamualaikum ,
lama sungguh tak update blog ni , sana sini sibuk cerita pasal raya , aku pun nak bercerita pasal raya jugak .. raya thn ni dok kat umah jer ..maklumla omak den kurang sehat jadik raya kat Kl aaaaa jawabnya....riuh rendah jugak aa umah sebab adik adik aku semua pakat beraya kat sini ..thn ni kiranya complete set aa kitorang beraya..
untuk org bujang mcm aku ni raya biasa biasa sajer aaa, adat aa kan jaga diri sendiri jer..yang happynya mestilah bebudak dan yang paling bestnya tengok tv tp sebab 1st raya lagik umah dah kena serang jadik mood nak tengok tv pun kureng aaa jugak ..layan tetamu tetami jer la jawabnya..
since anak sedara ada sorang jer..jadik tak la kopak sgt duit raya aku ni .. tapi thn depan UP lagik 2 so its become 3 ( Punah aa duit mak long ) heh heh heh ...

Monday, July 10, 2006

C a r K e y M o m m y

Hmm agak lama jugak tak buat entry tentang progress car key emak aku .. setakat ni the progress tu is still on ..kaki mak tak leh pijak lagi, jadi totally kena guna kerusi roda bila nak buat movement hatta p toilet skalipun.Kalau sebelum ni mak p mengajar guna kerusi roda, lately ni dah tak p dah sebab ada satu hari tu dia terjatuh .Masa tu abah anto mak p sekolah , then tak boleh ikut laluan biasa yang ada titi sebab ada kereta blok , jadi dia kena laa langkah satu longkang kecik tu .. masa dok langkah longkang tu aa dia terjatuh , so effect sket aa kat kaki mak .Lagipun kalau mak p mengajar , kaki dia dok bergantungan je.. nanti kaki dia akan membengkak.Jadi mak stop dulu mengajar .. dan skarang ni treatment 3 hari sekali kami sefamily berulang alik ke hospital anto mak untuk cuci kaki .Ni [rogress kaki mak aku sejak kluar HKL hingga sekarang .. ( I'll update the progress time to time )

kaki mak lepas keluar dari hospital , daging muda yang masih ada sluff lagi ( warna kekuning-kuning tu sluff ayng akan dibuang ketika proses mencuci )

Setelah beberapa bulan , luka semakin mengecil dan diliputi oleh kulit yang sgt nipis

Kaki mak selepas terjatuh hari tu.. kena cuci jugak ni supaya lubang semakin kecil



Friday, July 07, 2006

H O R A - H O R A

Pagi kena kira BMI , petang pulak tambah BMI
FS ni selalu keluar sana sini, payoh nak kumpulkan depa ni sekumpulan ,jadi sengaja aa buat agenda makan makan ala ala desa ni tuk merelease tension kununnya..banyak jugak aa makanan yang dibawak dari kebun umah sampai laaa kedai abg mus .Antara menunya ialah :

1. Bubur Pulut Itam / Masak Lemak Labu ( Aishah )
2. Masak Lemak Nenas Vs Ikan Masin ( Aku .. sampai kuning tangan aku ..mcm org berinai jadiknya )
3.Sambal Tumis Udang ( Romeo Must Die yang buat )
4. Daging Masak Asam Kelate ( Peja )
5. Ikan Goreng ( Hairie )

* Ikutkan Si Peja tu patut bawak budu dgn sambal belacan , tetapi nak buat ghuanno wife dia plak nak bersalin pada malam kejadian tu , jadi mamat tu pun masak la daging masak asam dia ala ala ' the flash' sebab berlari berkejaran nak tengok anak sulung dia kat Kelate.Maka kami pun pakat beli sambal belacan Abg Mus.Ulam ulaman pulak cekau kat Chow Kit..ala ala runner jugak aa aku ngan si aisah p beli ..penat tu tak usah kira aa..lepas ni kami angkat bendera putih aaa.. tok larat nak buak lagi..

hangkut ala ala caterer dah kitorang pagi tu

hammmmbikk hambikkk buat mcm kedai sendiri

santai

* Kepada sesiapa yang tak dijemput tu mintak sori bebanyak sebab segan pulak kami nak jemput ..almaklumla ni first time buat takut beb banyak kekurangan yang tak disengajakan nanti ..jadik plak kes "Rumah dah siap , Pahat berbunyi " ..Insyallah lain kali kalau kami buat lagik ..kita Hora Hora Sama Sama

B M I

Date : Jumaat ( 7 / 7/ 06 )
Agenda : Operasi Mengira BMI








hahah smalam En Human Resource dari HQ datang dok timbang semua org yang ada . Nak kira BMI katanya, nak tengok staff-staff ni berapa ramai yang obes. Dia punya penimbang perghh cun gila..rasa nak bawak balik jerr.. penimbang tu ala ala yang Ziela Jalil pakai masa iklan Keyla tu . En HR tu siap tampal teknik mengira BMI lagik .. aku rasa lepas ni akan ada satu program untuk menguruskan staff la plak ..
ni teknik mengira BMI yang aku dapat dari En HR

BMI = [ Weight/(Height x Height) ] x 10 000

Weight in kg. and height in cm.

Underweight = <18.5

Normal weight = 18.5-24.9

Overweight = 25-29.9

Obesity = BMI of 30 or greater






Ni laa rupa timbang yang aku kata ala ala timbang ziela Jalil tu , cung kang ?


Haa gelak pueh pueh kak non.. berat ideal boleh aa gelakkk..

Ni plak kertas yang en HR angkut ke hulu kehilir


* untuk diriku : Welcome to the obes club !!

Wednesday, July 05, 2006

M E, M Y S E L F & I




heheheh best sey entry aku ari ni ..smalam aku dok beronnggeng ngan esah ke JJ , Lepas satu -satu aku makan .Memula tu aku bedal kek .. pastu kek tu mcm tak best jer.. aku bedal kfc plak .. Actually tu operasi membedal yang last . sebelum aku memulakan program diet cara AKU.
Smalam aku dapat tau HR tempat aku ni nak buat kunjungan dan nak klasifikasikan tahap darjah lemak anggota-anggotanya.Jadi demi menyahut seruan HR aku tu , aku pun berazam untuk menurunkan sedikit berat badan .. dan officially i announce that i'm in diet zone.. so friends pls pls dont you should ever ever invite me on eating caremony .. hahahhahahahhaha

Chowzzz

Friday, June 30, 2006

M E J A K U

pergh lama dah tak update blog ni , dah bersawang dah .. hari ni nak cerita pasal harta-harta yang ada kat atas meja aku ..

1: keychain
haa yang ni kumpul sejak aku kerja sampai laaa ni, kengkawan yg p out station
dan yang teringat akan diriku ini akan belikan as a sourvinour. Jadik kerja aku
ngumpulkan bender-bender ni aaaaa


2: Kad
ha kad wish ari raya, ari jadik ..ada 5 jer aa tak banyak.. kad jemputan kawen langsung aku tak buat collection ..tak
sesuai dengan kehendak dan gaya ku ...



3. Frame gambar
Frame gambar yg bentuk tangan tu aku beli sendiri , jadi bubuh aa gambo-gambo anak sedara ke, sepupu ker..gambo
kengkawan ker



4.Rak Kasut..
Heh heh heh rak kasut ni bukan atas meja ek .. ia duduknya dibawah meja, tempat bubuh kasut dan beg dan kotak-
kotak modem, juga boleh disuai padan untuk letakkan kaki bila terasa amat penat.


5. Komputer
skrin gambo baby ni dah lama aku simpan , sejak 2 thn yang lepas kot.. namun aku sukak tengok muka baby tu mata
dia ..perghhhhhhh

Wednesday, June 07, 2006

H A N G I N


Hish hangin aku satu badan , pepagi buter dah kena hamun ngan customer, spoilt mood aku jer.. sesedap anak tekak dia jer cakap aku bodoh...tapi sbb dah aku terkedu sbb dikatanya aku bodoh .. aku diam jer aaa..terkedu seyyyyyy...
Hampeh betul aa customer tu ..siap jerit-jerit mcm org histeria lagik .. naik satu jerawat aku kat dahi .. heh heh heh ..menggelupoq jugak aku hari ni ..datang pepagi buta dgn perasaan riang ria nak bekerja tup tup kena hamun la pulok..

Temanya : Mari belajar bersabar .. mcm gambo baby kat atas tu walaupun dah masuk penjara dia cool jerr

To do list :
1. Baca buku minggu depan kelas
2. Buat assigment..tak mo aa buat last minit nanti sakit kepala

Tuesday, June 06, 2006

H A D I A H * B A B Y

hmm ni hadiah untk baby sulung my prend. Jenuh jugak ronda2 nak cari barang baby ni asyik-asyik nampak baju baby..hamper.. balik-balik tu jerr, jadik sekali sekala aku pun buatla satu perubahan paradigma untuk beli kasut baby dan jugak stoking.





Pada pandangan mata aku yg jahil bab bab ke -baby- an ( aku eja bebetul ni ..jgn korang salah sebut plak ) aku pun hangkat jer aa hadiah seperti yg tertera di kaca monitor ni.. kira orait aa regernya tak aaa mahai bebeno ..bersempadan aa ngan pendapatan aku yg tak seberapa ni ..
Pada pandangan mata aku ni cunz jugak aa kasut @ stoking ni ..biila baby ni pakai sure org lain nampak ( itu aa tujoooan aku tu ) ..tp kalau kaki baby tu kecik tak tau aa aku nak kata , jgn mak abah dia pakaikan kat tangan udah la.

Friday, June 02, 2006

M A K A N



Makan time, Bila cerita pasal makan ni ... ada 2 benda yg baru aku n the gang makan bebaru ni iaitu ...

1. Makan kat big plate

Mak oii makan kat sini terkedek kedek kitorang nak settlekan makanan yg ada sebabnya bapok punya banyak makanannya.ingatkan tahap manusia jer aa makanannya..ini pulun tahap jin dah ni .. makan jugak aa apa yg terdaya

nyeh nyeh nyeh ni aku yang order .. namanya tuna sandwish ..beso kan roti dia sampai 2 set tuu..mengah aku nak makan ..

haaa yang ni si aishah yang order aku pun tak tau aaa nama dia apa


hmm cuba korang tengok kat mushroom soup ni..siap tebuk kat tengah roti ..terkejut masa 1st time aku tengok , masak jugak aa kitorang 3 org nak settlekan



2. Makan bubur kacang .. yang ni kat opis, ada training jd selepas training dan waktu antaranya adalah waktu untuk makan , jadikkkkk..apa lagikk...lari lari lariiiiii member aku dapatkan bubur kacang untuk aku..
credit to aishah sebab amikkan bubur kacang

Monday, May 29, 2006

myteam

Result :

myteam --> 1
malaysia -->2

wow!!! best sey mlm tdik punya match ..gigilll suara aku menjerit jerit , first time p stadium .terpinga-pinga aku ngan adik aku ( member aku kata mcm org jakun !!) happening gilozzzz walaupun hakikatnya aku ni bangang pasal bola..yg aku tau tengok team biru bawak bola ke gawang gol harus beri sorakkan .. Smalam aku rasa mcm org-org Malaysia ni bersatu kat satu stadium tuk sokong team Malaysia sendiri ( tak kira laa myteam ker ur team ker..) Adik aku punya frust bila myteam kalah, time aku ajak balik awal dia dah memekak kat telinga aku " ada harapan lagik ni " .. namun harapan tinggal harapan jer lerrrr.. tapi satui pengalaman baru untuk aku ngan adik aku dan kami buat kesimpulan " Tengok bola kat stadium lagi gempak dari tengok kat tv " ..
Yang tak bestnya :

1. Nak p Bukit Jalil tu mak oii berasak-asak org.. nak naik komuter ..sampai satu tahap aku tarik baju adik aku takut hilang ( nak pegang tangan adik sendiri , nanti turun plak saham aku .. lagipun macam jiwang la plak ..)

2. Takder air cond aa kat dlm satdium ( hahaha ) panas seyyyy..

3. tak leh bawak air botol .. penat menjerit ..telan air liur jerrrrrr

4, Tak pueh hati aaaa my team kalah ( haa korang cuba tengok member aku 2 org tu layan aku amik gambo sebab depa pun frust )




Friday, May 26, 2006

m y t e a m ..

Heh heh heh gumbira rasa dihati.. dapat tgk bole free.. actually masa aku kecik kecik dulu ada la skali jejakkan kaki ke studium dgn abah aku , ribut kabut masa tu tak nampak apa pung..tup tup kali ni ada rezeki plak tengok bola secara langsung.. bagai pucuk dicita..ulam mendatang aa walaupun aku tak makan ulam .. sebenarnya aku tak la teruja sgt tengok game ni .. tapi mengenangkan adik aku yg last tu dari dia p hora hora ngan kengkawan dia..baik aku angkut dia p merewang dgn aku jd tak ler dia merepek meraban sgt ( aku pun meraban jugak aaa... tp bertomakninah aa jugak hahaha )
Details Venue :

Game : Team M'sia vs My Team
Tarikh : 28 Mei 2006
Waktu : 8:30 pm
* aku sokong myteam!!!

Tuesday, May 16, 2006

S O L D * O U T


Selamat Hari Ibu !!
Bulan Mei ni mcm mcm sambutan yang ada antaranya sambutan Hari Ibu , Jadik walaupun dah terlewat beberapa hari ..aku nak ucap aa slamat hari ibu untuk bebudak yang tersenyum memanjang kat atas tu.. Depa ni semuanya antara ibu2 di opis aku ..opss ada 2 org yang belum bergelar ibu ..tapi boleh aa aku gelarkan IBU SEGALA KEBEJATAN ..kiranya ibu jugak aa tu..
Ok geng ..

SLAMAT HARI IBU ,
SEMOGA MENJADIK IBU CEMERLANG ,
2 IBU KEBEJATAN TU PUN ..
AKU BALUN JUGAK AA UCAP SLAMAT HARI IBU !!


Nota kaki : Aku pun ibu jugak.. IBU JARI !!!


hahaha aku teringat sepupu aku ..dia tak bijak lagik sebut ibu...tiap kali panggil ibu .. ABU..ABU..

Monday, May 15, 2006

* A K U *

Hi, salam hari senin.. atas permintaan camera aku tu jadi aku dedicatedkan gambo version aku kat aku punya blog.Hari ni aku berbusana hitam putih ala ala lawye a.k.a tinja cicak ( sapa tak tau apa itu tinja sila rujuk kamus sains)
Busana nibaru siap smalam , akak sebelah umah aku yg jaitkan ..atas dasar kemanusiaan aku tak la marah kat akak ni walaupun lkain yg aku suruh lain yang dia buat ..Takper aa asalkan busana ni sedap mata korang memandang udah laa.. hah hah ah Minah yang pakai cermin mata tu nama dia Syan,













Atas dasar keselamatan jugak gambar2 ni terpaksa di edit jadik hitam putih untuk cover jerawat yang semakin bermaharaja lela..hahahahhaha

Friday, May 12, 2006

* K a i n * R e n t a n g *

" MEREKA KATA UBAH GAYA HIDUP
IBU KATA PROTES SAMPAI TURUN "

Smalam masa dok bawak keter, terpandang satu kain rentang sempena hari ibu ni , hmm menarik ayat dia penuh makna tersirat ..jadik hari ni , dlm perjalanan p opis aku berenti kat stesen putra Jelatek then jalan kaki menuju ke kain rentang ni ..

Masa melintas jalan tu ..ramai gak org tengok2 tp aku buat ala ala macho jer aa, then snap gambo kain rentang ni .. ada beberapa perkara yang aku suka tentang kain rentang ni antaranya ialah :

# Gaya bahasa dia .. mcm peluru terus ke sasaran

# Presentation tulisan kat kain rentang ni .. puak puak yang buat kain rentang ni bijak mengatur susun atur tulisan , nampak kemas dan sedap mata memandang

# Lokasi kain rentang ni , memang tepat

dan .. yang terakhir insan yang mengambil gambo ni .. hahahhahahaha ( aku aa tu ) walaupun hari ni aku rasa aku mcm gila2 sket tapi puas ati beb!!

Wednesday, May 10, 2006

k a k i , o m a k

hmm sejak 19/2/2006 kami sekeluarga akan berulang alik ke HKL 2 kali seminggu untuk cuci luka kaki omak , kat Bilik 33 ni laa kegiatan mencuci kaki omak dijalankan oleh beberapa anggota Footcare .Actually bilik ni khas untuk pesakit diabetis dan agenda kaunseling untuk pesakit ni .. sebelum kami enter bilik ni omak telahpun menerima rawatan di Wad Orthopedik selama 27 hari.. selama 27 hari jugak aa family aku dok gilir gilir tdo kat spital.Sengsara jugak aa masa tu dah la adik lelaki aku patah kaki sebab xcdent lepas tu omak plak terkena tulang ikan


















Alhamdulillah aa skarang ni luka dek 4 kali operation kat kaki mak aku tu dah semakin ok.. tp menurut kata akak-akak kat klinik footcare tu kaki mak tak leh dipijak selama setaun sbb daging muda. Jadiknya skarang ni mak aku bergerak menggunakan pacuan 4 rodanya heh heh eh ..Peaceful gilerr bila mak balik kat umah .. tak der aa aksi aksi tdo kat kerusi dgn aksi takut2 aku mengenangkan hantu spital lagik .. hahha

Tuesday, May 09, 2006

* FE 105 *



hmm lama tak mengupdate blog kan .. terindu la plak ..hmm setelah mencongak nilai tambah tolak bahagi tentang 'aset' aku ni , maka aku dgn gaya machonya p la surrender satu insurans yang telah aku subscribe semata mata untuk membeli 'aset' ni.. sedih memang la sedih bila melangkah keluar dari pusat insurans tu , tetapi bila mengenagkan 'nilai' yang akan aku perolehi iaitu KEPUASAN memiliki 'aset' ni..maka pun ala ala kamikaze aaa
Maka aset berharga ini telah berjaya aku miliki ..( Syukur ya Allah ! akhirnya aku berjaya jugak memegang dan meraba 'aset' yang aku idam-idamkan ) hahahaha sori ek terguna perkataan meraba..( tiada unsur lucas disini aaa!! )
heheheh..hopefully dengan adanya FE 105 ni idop aku yg selama ni suram dari lensa akan bertambah ceria !!
Boleh la aku snap sini snap sana ...
Aku rasa aku akan usahakan fokus pada kaum kerabat ngan especially perkembangan kaki emak aku aaa... aku nak amik gambo aka aka nurse yg bertungkus lumus mencuci kaki mak aku dari hujung jari sampai buku lali hahaha...
sapa lagik ekk..ha bebudak opis yg selalu kutuk kutuk aku .. ader ke depa kata aku beli camera tikam .. hishh sori beb !! nak terputus urat keting aku menapak ke low yat tu ..

L O W Y A T

# heheheh korang nak tau tak ?seumur idop aku ni .. aku tak penah p ke LOW YAT tetapi demi sebuah impian aku redah jugak p sana ngan member aku ..
# terngaga jugak aa aku p sana .. member aku siap inpom carik lorong kecik.. pastu ada tulis bangunan LOW YAT kat situ .. nasib baik jumpa..
#Jenuh sey nak buat decision nak pilih brand apa ..nasib baik aku p ngan si enot tu kalau aku p sorang tah hapa hapa brand yang aku beli tah..at last dapat jugak aku buat decision
# This is the second aset aku yg agak mahal jugak aa.. so pada korang yg nak pinjam tu ..SORI NAIK LORI LAAA.. TAKKAN AKU IJINKAN korang pinjam reter aku ni


*** tq kepada letsgodigital kerana mengijinkan aku copy paste visual ( haa bukan gambo visual!! ) camera terchenta aku

Wednesday, May 03, 2006

* G A S T R I K *

Hmm korang nampak tak dua orang wanita kat atas tu? skarang aku nak korang fokuskan pada wanita bertudung kuning ketam yang sedang mengerutkan mukanya tu.. wanita tu aku rasa sedang menahan sakit gastrik yang dideritainya.Makcik yang sedang pegang kek tu pulak sedang menyuruh seseorang mengambil ubat untuk wanita bertudung kuning ketam itu ..

Aku rasa wanita bertudung kuning ketam itu takkan melupakan tarikh hari ini , sebab dia telah menyebabkan air mata ibunya mengalir laju lebih dari 4 jam. Aku pun antara pelakon tambahan yang memainkan peranan yg kurang penting dlm tragedi gastrik ini. Dan sudah pasti HEROIN cerita 'Gastrik' ini adalah seorang gadis berkereta hitam bersama bodyguardnya.. ( gambar akan diupload setelah aku beli digicam ).

Antara kronologi cerita Gastrik ni ialah :

Tarikh : 3/4/06

Masa kejadian : ( 2:30 pm - 8:30 pm )
1. Tengah hari tu aku dapat panggilan dari akak wanita bertudung kuning ketam ni , bertanyakan pasal ahdeek dia , aku kata aa aku tak tau , pastu aku pun p la buat investigation

2. Aku cuak jugak kalau dah tetiba mok apok tpon tanyakan anak ni, instinct parents ni lain macam sket .. bak kata pepatah aura mak ayah ni lain ( tp bukan aura seri atau aura genius aaa!!)

3. Petang tu aku terima lagik call , tanya pasal wanita bertudung kuning ketam ( selepas ini disingkatkan jadik WBKK ), aku kata aku dah mintak member p tengok-tengok kan waktu balik nanti .

4. Pastu waktu nak balik umah , aku terima lagik panggilan dari keluarga WBKK ni , hati aku dah tak sedap dah.. aku p aaa contact HEROIN dlm cerita ni dan heroin tu kata nak p ngan mak dia lepas maghrib .

5. Aku terima lagik panggilan dan aku dah takut plak nak jawab sebab aku tak tau nak kata apa dah..

6.Lepas maghrib aku terima lagik panggilan tpon dari Ahdekk WBKK ni , aku pun bagitau aa HEROIN dlm perjalanan ( walaupun jam teruk .. tp heroin bawak bodyguard dia)

7.Terima sms dari adik WBKK ni siap bagitau yg family dia risau , then bagitau yg mak dia dok seriau dari petang tadi

8.Terima panggilan tpon , background panggilan tu sudah pastila tangisan dari seorang ibu, aku dah mmg kalut masa tu ..

9. Zassssss!! aku tpon heroin dan heroin sudah berada di tempat kejadian.. Alhamdulillah WBKK tidak mengalami kecederaan yang menggusarkan hati .. cuma.. cuma..cumaa.. sepi sebab sakit GASTRIK

* Moral of the story : Mengapa sepi tanpa berita... hahahha

* S P I T A L *





mak kat spital








kaki emak aku

L A N G K A W I


Aku bukan nak sgt cerita pasal LANGKAWI ni tp memandangkan dua subjek di atas tu terlalu extrem dengan Langkawi bebaru ni sampai tergamak p berterbangan ke sana dengan hasrat yang satu nak mencari ketenangan.Tetapi sejurus saja tiba di KL ni ada desas desus yang aku dengar berkenaan cuaca yan takl memberangsangkan diorang . Cuaca panas skarang ni yg menyebabkan salah sorang dari diorang ni kena attack sakit kepala ...antara dialog awal yang aku dengar :

" tak perr kipas tangan ada " <-- ni masa diorang tengah berpoya poya kat pasar apa tah namanya
"kepala aku sakit aaa, cuaca panas.. x sesuai dgn suhu badan aku ni " <-- ni dialog lepas diorang balik .

heh heh eeh ..
ternyata subjek diatas amat berpuas hati dengan perchutian diorang tu..
aku dengar desas desus menyatakan diorang ni p Indon plak lepas ni.. semoga cuaca dgn suhu badan diorang mengijinkan mereka berpergian ke sana ..

Untuk dua SUBJEK diatas aku ucapkan " semoga hasrat korang untuk beterbangan di Indon menjadi kenyataan "
hehhehehe

Tuesday, April 25, 2006

* U J I A N *

Ketika hati kita tertanya-tanya "Mengapakah Aku yang diuji?"

1. Maka ingatlah firman Allah:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

2. Tatkala diri berkata "Mengapakah aku tidak memperolehi apa yang aku citakan?"

Allah berfirman: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

3. Lantaran disaat diri terasa lemah, nafsu telah mengalah, hidup terasa tidak bermakna

Maka renungilah ayat Allah: "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139