Wednesday, May 03, 2006

* G A S T R I K *

Hmm korang nampak tak dua orang wanita kat atas tu? skarang aku nak korang fokuskan pada wanita bertudung kuning ketam yang sedang mengerutkan mukanya tu.. wanita tu aku rasa sedang menahan sakit gastrik yang dideritainya.Makcik yang sedang pegang kek tu pulak sedang menyuruh seseorang mengambil ubat untuk wanita bertudung kuning ketam itu ..

Aku rasa wanita bertudung kuning ketam itu takkan melupakan tarikh hari ini , sebab dia telah menyebabkan air mata ibunya mengalir laju lebih dari 4 jam. Aku pun antara pelakon tambahan yang memainkan peranan yg kurang penting dlm tragedi gastrik ini. Dan sudah pasti HEROIN cerita 'Gastrik' ini adalah seorang gadis berkereta hitam bersama bodyguardnya.. ( gambar akan diupload setelah aku beli digicam ).

Antara kronologi cerita Gastrik ni ialah :

Tarikh : 3/4/06

Masa kejadian : ( 2:30 pm - 8:30 pm )
1. Tengah hari tu aku dapat panggilan dari akak wanita bertudung kuning ketam ni , bertanyakan pasal ahdeek dia , aku kata aa aku tak tau , pastu aku pun p la buat investigation

2. Aku cuak jugak kalau dah tetiba mok apok tpon tanyakan anak ni, instinct parents ni lain macam sket .. bak kata pepatah aura mak ayah ni lain ( tp bukan aura seri atau aura genius aaa!!)

3. Petang tu aku terima lagik call , tanya pasal wanita bertudung kuning ketam ( selepas ini disingkatkan jadik WBKK ), aku kata aku dah mintak member p tengok-tengok kan waktu balik nanti .

4. Pastu waktu nak balik umah , aku terima lagik panggilan dari keluarga WBKK ni , hati aku dah tak sedap dah.. aku p aaa contact HEROIN dlm cerita ni dan heroin tu kata nak p ngan mak dia lepas maghrib .

5. Aku terima lagik panggilan dan aku dah takut plak nak jawab sebab aku tak tau nak kata apa dah..

6.Lepas maghrib aku terima lagik panggilan tpon dari Ahdekk WBKK ni , aku pun bagitau aa HEROIN dlm perjalanan ( walaupun jam teruk .. tp heroin bawak bodyguard dia)

7.Terima sms dari adik WBKK ni siap bagitau yg family dia risau , then bagitau yg mak dia dok seriau dari petang tadi

8.Terima panggilan tpon , background panggilan tu sudah pastila tangisan dari seorang ibu, aku dah mmg kalut masa tu ..

9. Zassssss!! aku tpon heroin dan heroin sudah berada di tempat kejadian.. Alhamdulillah WBKK tidak mengalami kecederaan yang menggusarkan hati .. cuma.. cuma..cumaa.. sepi sebab sakit GASTRIK

* Moral of the story : Mengapa sepi tanpa berita... hahahha

* S P I T A L *





mak kat spital








kaki emak aku

L A N G K A W I


Aku bukan nak sgt cerita pasal LANGKAWI ni tp memandangkan dua subjek di atas tu terlalu extrem dengan Langkawi bebaru ni sampai tergamak p berterbangan ke sana dengan hasrat yang satu nak mencari ketenangan.Tetapi sejurus saja tiba di KL ni ada desas desus yang aku dengar berkenaan cuaca yan takl memberangsangkan diorang . Cuaca panas skarang ni yg menyebabkan salah sorang dari diorang ni kena attack sakit kepala ...antara dialog awal yang aku dengar :

" tak perr kipas tangan ada " <-- ni masa diorang tengah berpoya poya kat pasar apa tah namanya
"kepala aku sakit aaa, cuaca panas.. x sesuai dgn suhu badan aku ni " <-- ni dialog lepas diorang balik .

heh heh eeh ..
ternyata subjek diatas amat berpuas hati dengan perchutian diorang tu..
aku dengar desas desus menyatakan diorang ni p Indon plak lepas ni.. semoga cuaca dgn suhu badan diorang mengijinkan mereka berpergian ke sana ..

Untuk dua SUBJEK diatas aku ucapkan " semoga hasrat korang untuk beterbangan di Indon menjadi kenyataan "
hehhehehe

Tuesday, April 25, 2006

* U J I A N *

Ketika hati kita tertanya-tanya "Mengapakah Aku yang diuji?"

1. Maka ingatlah firman Allah:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

2. Tatkala diri berkata "Mengapakah aku tidak memperolehi apa yang aku citakan?"

Allah berfirman: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

3. Lantaran disaat diri terasa lemah, nafsu telah mengalah, hidup terasa tidak bermakna

Maka renungilah ayat Allah: "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

Monday, April 24, 2006

* A G E N D A *

Agenda hari ini :

1. Temankan bondaku pergi cuci kaki , alhamdulillah luka kaki dia semakin mengecil tp akak nurse tu dah warning dia..." jgn pijak kaki tu dlm masa setahun " ..sian plak tengok mak aku tu suffer dekat 3 bln dah ,tp alhamdulillah keadaan semakin pulih dari masa ke semasa .. aku akan post gambo kaki mak aku kat sini buat kenangan ..Sekarang ni kalau nak makan manis2 pun naik takut ..takut history keluarga kena kat aku plak ..aku ni dah aa muder lagik .. nanti kalau sakit sapa pulak aa yg sudi nak jaga aku .. heh heh heh

2. Hmm bulan depan ramai org kawen , sedara mara aku ada 2 org yg akan kawen , jd kena la carikkan hadiah tuk depa walaupun aku tak balik kg .Cikgu aku yg umoq 35 thn tu pun akan kawen jugak .. yg ni kena carikkan hadiah yang kaw-kaw punya ..heheheh sbb " dah laaaaammmmaa dia tunggu " kah kah kah


3.Hmm skarang ni tengah ralit tengok cerita korea, maklumlah baru lepas exam so aku balun al pulun tengok cerita korea sampai 20 cd .Tapi sebab dok umah parents tak leh aa balun sampai ke subuh jd kena agak agak aa jugak sebelum apok maroh ..apo kojo ekau tak tdo-tdo , nanti dia ingat aku tgk cerita lucas plak.. haha

Friday, April 21, 2006

* T E R I N G I N *

hmm meh sini cerita pasal perkataan 'teringin "
heh heh heh . bila cerita pasal teringin ni bukan org m,engandung jer dok teringin ...
aku pun ada keinginan dan bijak jugak bab bab teringin ni ...antara keinginan aku yg belum aku capai adalah :

1. Nak beli digicam
- tang digicam ni susah nak kata , aku ngidam nak digicam sejak zaman org dok sibuk-sibuk tepek sana sini kat fotopages dgn blog depa..sbb aku pun nak huru harakan blog aku ni ngan foto foto tak berapa genik aku ni...


2. Nak abiskan study
- tang study ni insyallah akan tercapai jugak aa kot dalam 2 thn lagik , tapi kata kuncinya adalah : belajar bersungguh-sungguh aaa..kalau malas , tolak kepala otak aku sendiri




3. Rumah
yang ni kena ada belanjawan yg cukup mantepppppp!!


* semoga apa yg aku inginkan terchapaiiiii*

Thursday, April 20, 2006

* T I G A , E N T R Y *

* entry 1 *
hehehe sebenarnya diatas dasar kejelesan tengok org lain ada blog aku pun memotivasikan diri aku sendiri untk buat blog diatas nama aku ...

*entry 2 *
hmm nak dihitung-hitungkan nick "ezatulhaq ' tu aku dapat masa zaman zaman skolah dulu.Aku ni suka baca buku cerita, jd semua buku akan ku tampal ngan nama "ezatulhaq" kunun-kununnya hak betul nama aku aa tu ..

*entry 3 *
Banyak bender yg ada kat medula oblonggata ak ni yang aku nak ceritakan tapi bender bender ni mcm tak tersusun la plak , tp akan aku lontarkan kat sini ..

Wednesday, April 19, 2006

* B I S M I L L A H *

Dengan Lafaz Bismillah aku menyetart post ku ini ... semoga aku dapat maintane buat blog ni dari masa ke semasa